Sunday, September 14, 2008

Di Hospital Sakit Jiwa

salah seorang dari pesakit telah pun menjalani beberapa siri ujian untuk membuktikan bahawa dia sudah sembuh dari penyakit gila sehunggalah ke ujian terakhir. ujian terakhir ini mempunyai dua bahagian....
bahagian pertama..
doktor: selamat datang dan tahniah
pesakit:sama-sama
doktor:ok,cuma kamu lihat cahaya dari lampu suluh ini(lalu doktor menyalakan lampu suluh)
pesakit:ya,saya nampak.
doktor:cuba kamu panjat cahaya lampu suluh ini
pesakit:mana boleh panjat cahaya ini kerana blah blah.....

maka terbukti pesakit ini sudah mempunyai tahap kesedaran tentang realiti

bahagian ke dua..

doktor:selamat datang.
pesakit:nak datang mana kan saya dari tadi kat sini.
doktor:he3
pesakit:hi3
doktor:cuba kamu jelaskan kenapa kamu tidak mahu memenjat cahaya lampu suluh tadi?
pesakit:cuba doktor bayangkan,tengah-tengah saya panjat cahaya lampu suluh itu,tiba-tina doktor padam,tidak kah saya akan terjatuh dan mengalami kecedraan?

ha3..doktor mendiamkan diri dan tersenyum.yang gila tu tetap gila

Thursday, September 11, 2008

kisah melayu kita

Saat indah awal perkahwinan....
Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.....!
Sesudah 5 tahun perkahwinan.....Korang baca dari bawah keatas pulak.....

Wednesday, September 10, 2008

sejarah hitam kita

3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam”. Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telah pun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah. Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah ‘Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin ‘Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata: “Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda: “Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka” Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia (lihat rajah kawasan umat Islam pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah: “Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam” [TMQ al-Anbiya’ 21:107] Malapetaka ketiadaan Khilafah Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara’ secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah. Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh. Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri. Di Iraq, sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005, 5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat radiasi nuklear [Perang Iraq-AS, COMES: 2003]. Dominasi ideologi kapitalis yang kufur pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60% umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara mereka adalah wanita dan anak-anak. [Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001]. Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!! [100 ways of seeing an unequal world – Bob Sutcliffe]. Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi RM 11 bilion sedangkan pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. Dengan kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen baru-baru ini, sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di dalam keadaan yang sempit, mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga... Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya? Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas, hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin?? Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat. Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk ’dipelajari’ bukan untuk diterapkan dan diamalkan. Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja (ibadahkhusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab menerapkannya. Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara ’super power’ AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi. Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya terus dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu yangmereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang lebih tegas. Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia? Gambaran pemikiran umat Islam hari ini Terdapat berbagai kelompok yang menyedari kegawatan permasalahan umat Islam kini. Namun usaha mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah utama umat Islam malah menimbulkan banyak lagi masalah lain. Ini berlaku akibat dari kekeliruan mereka dalam menangani masalah tersebut. Kelompok yang ikhlas ini terlalu menumpukan tenaga mereka dalam menyelesaikan masalah cabang, namun, terlepas pandang masalah yang lebih mendasar. Contohnya, penyelesaian masalah murtad yang hangat suatu ketika dahulu. Dalam mempertahankan kedudukan mahkamah syariah mereka juga bertekad untuk mengekalkan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang kononnya melindungi umat Islam padahal permasalahan yang lebih mendasar adalah kedudukan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini, pada hakikatnya tidak didasarkan kepada aqidah Islam dan merupakan ciptaan manusia sedangkan hak untuk membuat hukum itu hanya terletak di tangan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu, isu yang menjadi dasar permasalahan yang sepatutnyadiperhatikan adalah mengembalikan hukum Allah dalam aspek perundangan dan kenegaraan secara menyeluruh, bukannya berpuas hati dengan penyelesaian secara separuh-separuh. Selain itu, natijah daripada diterapkannya sistem pendidikan sekular telah menimbulkan berbagai pemikiran yang rosak di dalam umat. Akibat dari acuan kekufuran yang telah ditanam di dalam pemikiran umat oleh sistem ini, mereka memandang nasionalisme, patriotisme dan demokrasi kapitalisme sebagai pemikiran yang benar dan mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga tidak kelihatan lagi pemikiran lain di dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang menganggap bahawa kembali kepada Islam itu hanya memberi makna kembali ke zaman silam yang mundur. Tidak kurang juga yang melihat Islam sebagai pemikiran yang tidak lengkap dan uzur sehingga ia perlu diselaraskan, atau diubah, sekiranya perlu, agar selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia. Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin hari ini akibat dari penerapan ideologi kufur di tengah-tengah umat. Kewajiban mendirikan Khilafah Pada saat ini umat Islam adalah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya; kehinaan menimpa mereka di mana-mana. Mereka berusaha mencari kemuliaan dengan berbagai-bagai cara namun masih belum lagi menemuinya. Hakikatnya, inilah permasalahan ’hidup dan mati’ yang dihadapi oleh umat hari ini. Satu-satunya penyelesaian yang tuntas adalah dengan menegakkan semula Khilafah. Benar, menegakkan Khilafah bukanlah semudah mengatakannnya. Untuk meraih kejayaan ini, umat haruslah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya melalui pengkajian, pembinaan dan perjuangan yang tidak kenal lelah. Usaha keras untuk mengembalikan Islam sebagai ideologi yang mendominasi dunia ini bukan sahaja merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, malah, ia merupakan kewajiban setiap muslim untuk melakukannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman; “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kamu...” [TMQ an-Nisa’ 4:59] Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda yang bermaksud; “Siapa saja yang mati tanpa tanpa ada baiat (kepada imam/khalifah) di pundaknya, maka matinya adalah mati jahiliah” [HR Muslim]. Kedua-dua nas di atas menyatakan kewajiban setiap individu muslim untuk melantik (bai’at) pemimpin (Khalifah) yang akan menjaga urusan mereka. Namun kewajiban bai’at tersebut tidak akan terlaksana jika tidak ada orang yang hendak dibai’at. Oleh itu usaha untuk melantik atau mendirikan Khilafah itu sendiri menjadi pokok persoalan utama bagi memastikan tertegaknya Islam. Realiti musibah demi musibah yang menimpa umat pada hari ini juga menunjukkan bahawa tidak ada cara lain yang lebih utama untuk mengembalikan kemuliaan umat yang terbaik ini selain dengan mendirikan semula Khilafah ’ala minhaj annubuwwah. Sesungguhnya janji Allah dan Rasul dalam perkara ini adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di bawah; “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.” [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah] Jalan untuk mendirikan semula Khilafah Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang berbentuk jamaah. Bagi memastikan bahawa jamaah ini bergerak di atas jalan yang benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan tariqah (jalan/kaedah) yang jelas dan benar. Dan kebenaran hanya dapat diperoleh dari nas yang kuat. Dengan kejelasan dan kebenaran fikrah dan tariqah ini, jamaah tersebut akan dapat bergerak memimpin umat menegakkan semula Khilafah. Pada masa yang sama, setiap individu muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh, bersama dengan jamaah ini ke arah mengembalikan kehidupan Islam. Ini sesuai dengan kaedah syara’ yang berbunyi; “Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib” Menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara’. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama jamaah ini menegakkan Islam. Jamaah ini haruslah berjuang dan beraktiviti sebagai sebuah parti politik, kerana aktiviti mendirikan negara, menguruskan negara dan menjaga urusan umat Islamadalah merupakan aktiviti politik. Syariat Islam tidak pula menetapkan bilangan jamaah yang harus ada bagi menjalankan aktiviti ini. Yang ditetapkan Islam adalah kewajiban mewujudkan jamaah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan aktiviti amar ma’ruf dan nahi mungkar. Allah berfirman di dalam surah Al Imran ayat 104. “Dan hendaklah ada daripada kamu satu umat (jamaah); mereka menyeru kepada kebaikan mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah perkara munkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya” Wahai kaum muslimin, Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU baru-baru ini mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-alawwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyedari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah? Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun ini merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan gilang-gemilang dikurniakan Allah kepada umat yang mulia ini!. Amin. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

my pena

HARAPANNYA TIDAK SEINDAH JANGKAUAN
Tiupan angin pagi yang makin membuai mimpi Mak Leha.Jauh disudut hatinya membezakan dan memilih kasih antara dua cahaya mata kembarnya itu.Laila dan Aqila seperti biasa sebelum bersarapan dua saudara kembar itu menelan waktu pagi “weekendnya” dengan bersenam.Mungkin terikut-ikut dengan arwah abang long yang terkenal sebagai jaguh kampung.Laila walaupun tak seperti kanak-kanak lain fizikalnya namun dia punya harapan dan cita-cita yang tinggi.Masakan tidak dia mampu mengekori jejak langkah arina sepupunya yang sekarang atlit negeri.Mak Leha punya naluri keibuan yang tiada tolok bandingnya,ibu mana yang tak sayangkan anak walaupun tak seindah apa yang si ibu impikan.Tetapi,adakalanya Mak Leha beridiri di atas kaki keegoaan.Itu silapnya walaupun dia sedar bahawa tanpa angin masakan pokok boleh bergoyang.
‘Leha,kalau abang dah tak ada lagi suatu hari nanti,didiklah anak-anak kita dengan didikan yang sempurna.Jangan kamu perkecilkan laila dek fizikalnya yang kurang secebis dari aqila’,itulah amanat terakhir Pak Rahman sebelum dia “intaqala ila jiwari Rabbih”.Mak Leha zahirnya Nampak mengiakan saje namun jauh disudut hatinya untuk menerima hakikat kecacatan laila walaupun ibarat sebutir garam di lautan yang luas terbentang.Suratan telah menetapkan ujian yang datang hanyalah untuk hambanya demi ayat yang termaktub “AYYUKUM AHSANU AMALA”…………..
Kicauan burung tak semerdu sebiasanya.Mak Leha terus memanjangkan pandangan ke hadapan.Sesekali pandangannya dicuri oleh basikal faizal,anak lelaki ke-duanya selepas faizol yang kini entah di mana.Rindu di hatinya bagai tertusuk duri sembilu itu siapa pun tahu.Umurnya semakin hari semakin meninggalkan jasad.Namun,anak yang diibarat seeokor nyamuk pun tak dibenarkan sentuh kini ibarat kacang lupakan kulit.Hati ibu mana yang tak terguris.Faizol atau along meninggal sewaktu menunggu keputusan masuk ke universiti.Apa yang misteri, penyakitnya tak dapat dikesan….Lantas,faizal yang mendapat tawaran luar negeri itu menjadi raja sekeping hati yang lara.
Kadang kala tak siapa pun mampu meletakkan jari telunjuk pada Mak Leha,harapannya yang tinggi untuk menatang anak lebih-lebih lagi perempuan bagaikan minyak yang penuh yang kononnya boleh mengganti tempat dua teruna itu menjadi hambar dengan si kembar yang kurang sempurna.Mungkin juga optimisnya dengan rakan-rakan tatkala bercerita pasal anak-anak.
“tengokla nanti anak dalam kandungan ni akan jadi seorang model yang terkenal”
“nanti kamu semua tengok jela muka kami anak beranak dalam kaca tv”
“iiiiiiieeee,tak sabar betul aku nak nunggu 4 bulan mendatang,nak menatang bagai minyak yang penuh”kalam Mak Leha sewaktu semabang-sembang orang kampung menunggu senja………..
Seperti kampung-kampung yang lainnya,desa insan peramah juga terkenal dengan keakraban sesama penghuninya.Lebih-lebih lagi ketua kampong itu bekas YB Haji Ibrahim yang memang berjiwa rakyat.Bayangkan rumah seorang YB manakah tidak dipagari batu-batu dan simen-simen kecuali Tuan Haji.Maka,tidak hairanlah kampung itu pernah mendapat anugerah desa permai.Tahun 1981 telah meninggalkan memori.
‘Ya ALLAH Ya Tuhanku,apalah salah hambamu ini,apakah dosa hambamu ini yang belum terampun,apakah amalan selama ini belum terangkat ke hadrat mu Yang Maha suci,apakah doa siang malamku ini belum termakbul?’ mak leha menolog keseorangan.Fikirannya sering saja kusut bagaikan akar-akar yang berselerak mencari punca air.Memang dahulu dia dia kelihatan cekal menghadapi semua ini tetapi ketika itu dia bersama mengharungi ujian ini bersama tulang mulia yang asalnya diciptakan dari Adam.Tapi sekarang seketul tanah mulia ber roh itu telah dipanggil menghadap Dia yang segala-galanya.Memang itu takdir.
Desiran ombak petang memukau pandangan mak leha yang nun jauh ke tengah pulau. Sesekali matanya berkerdipan disapa nyanian sang sayap di awanan. Bayu pantai memukul pipinya laju,ahhhhh nikmatnya tidak terhingga. Kolek-kolek lama terdampar diheret ombak terhuyung hayng ibarat si pemabuk ‘tody’. Umurnya yang semakin menjangkau cepat lantas anak-anak yang disara dengan sekidit peninggalan arwah suami dengan bantuan JKM kini sudah meningkat dewasa. Apa yang bermain dibenaknya sekarang Laila yang takdirnya memang tidak sesempurna kawan sebayanya. Walaupun kecekalan mak leha tidak boleh dibandingkan dengan kecekaln mariam melahirkan isa tanpa seorang ayah tetapi mak leha adalah wanita yang mempunyai sekeping hati yang sememangnya mampu diuji sebegitu. Begitulah rutin mak leha setiap hari. Sementara bosan menunggu dua peteri kembarnya itu pulang dari kelas tambahan,mak leha mengunci pintu rumah using peninggalan arwah itu lalu melangkah ke tepian pantai berhamp Hari demi hari belalu,bulan silih berganti. Dalam meniti sisa usianya mak leha sering saja diuji. “Apakah ini balasan Tuhan kepadaku kerana perkahwinan yang tidak mendapat restu nenek laila dan aqila dulu”, begitulah se;alunya monolog mak leha berseorangan…………….
Selepas sahaja menghabiskan kertas terakhir peperiksaan besar itu,aqila terus mendapat kerja manakal laila pula hanya mampu menemani mak leha di rumah usang. Tiupan angin kencang dan petir seringkali membuat titisan jernih membasahi pipi mak leha. Dalam hatinya sering terbayangkan keperitan dua peterinya itu. Di usia sebegini mereka sepatutnya tidak begini. Puas sudah laila memohon pekerjaan namun,dek kekurangan fizikalnya tiada majikan pun yang sanggup menerima. Kembarnya aqila mirip model terkenal di Bandar besar sudah mula menyimpan duit dengan keringat sendiri. Sehari demi sehari pendapatan aqila bertambah. Namun sehinggalah suatu hari……………..
Mak leha hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Hati kecilnya mula berubah. Seringkali ada sahaja yang tidak kena pada laila itu. Memang die kurang upaya. Tetapi dia masih mempunyai sekeping hati yang sentiasa inginkan kasih saying.
“kau tengok 2 laila kembarmu,sudah pun dapat kerja. Mesti di sekolah dia belajar betul-betul,tak macam kau”,kata-kata sebeginalah yang membuatkan hati laila amat tersinggung. Aqila mula mendapat kerja tetap sebagai pembantu juru kira di sebuah syarikat besar di kota. Dia berhijrah dari desa petani itu ke kota besar. Mak leha begitu bangga degan aqila. Lantas seringkali laila dilemparkan dengan kata-kata sinis. Pipinya selalu dicurahi air mata suci..menangis sendirian,apa yang dia mampu lakukan dengan kaki sebelah???
14 mei …..,sebuah motosikal berwarna ala pink menuju ke rumah lama itu.
Surat…surat…surat…ayat-ayat dari abang posmen yang tidak pernah lekang dek zaman dan tak telan dek hujan…
Mak leha membuka daun jendela kayu itu….
“surat siapa encik?”
“tak tahulah mak cik,anak mak cik kot”,jawab abang posmen spontan.
Optimis mak leha menarik pintu kayu yang tidak bercat itu,perlahan-lahan menelaah anak tangga.. laila hanya mampu menduga. “mungkin surat tawaran belajar”, “tapi,untuk siapa????”. Laila bersahaja dalam hatinya. “Laila, o laila,cube kau tengok surat ni,agaknya si aqila punya surat dari university kot. Bertuah betul si aqila tu,dala cantik,pandai pula belajar. Dapat tawaran belajar luar negara lagi”,mak leha menyapa lamunan laila di sebelah daun jendela kayu yang luas terbuka. Sesekali angin bertiup laju rambutnya ikal maya itu mengerbang.
Lantas laila menyapa sahabat karibnya yang dihadiahkan oleh ahli parlimen itu. Tanpa tongkat itu siapa laila untuk berdiri. Sejak dilahirkan laila memang tidak mampu untuk derdiri dengan kakinya sendiri.
Siti Nur Aqila bt Abd Rahman,tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di university…. “apa isi surat tu laila”,Tanya mak leha.
Surat qila mak,die dapat belajar university luar negeri. “tengok,kan aku dah cakap”,mak leha menyambung sinis. Mak leha begitu gembira dengan tawaran aqila dapat,egonya semakin menebal. Seringkali saja laila diperkecilkan. Namun begitu,laila tidak ambil hati.
Petang itu……………
“assalamualaikum,mak qila da balik”,ayat-ayat sopan anak daranya itu.
Mak leha menyambut aqila petang itu penuh keceriaan. Dibenakknya mula terbayangkan kehidupan mereka akan datang. Mak leha telah menyiapkan hidangan istimewa untuk aqila,dan laila pada petang itu ibarat pelayan di sebuah restaurant.
Setelah selesai makan mak leha menunjukkan surat tawaran itu kepada aqila.
“nah,kau tengok ni,usaha kau selama ni berbaloi. Tak rugi mak hantar kau belajar”,kata mak leha sinis niat menyindir laila. Laila di tepi tiang pasak rumah mendiamkan diri sahaja. Dia faham sangat dengan sikap maknya itu. Seminggu lagi aqila akan berangkat ke sebuah negara masyhur untuk menyambung pelajaran. Laila hanya mampu mengelamun. Mak leha sibuk memberitahu orang kampong,tak cukup dengan itu dia seringkali memnyindir anaknya yang kurang sempurna itu.. “tak baik kau leha,laila tu budak baik walaupun dia kurang sempurna.
Tibalah masanya. Dengan menaiki pesawat MAS 747 itu aqila membawa kaki melangkah pergi ke negeri ‘mat saleh’ itu..perjalanan hamper 12jam itu memenatkan tubuh aqila. Tibanya di sana aqila bersama 25 pelajar baru lain disambut oleh persatuan pelajar Malaysia di sana. Dengan kata lain senior-senior yang sudah beberapa tahun di sana,mereka ini tahu selok belok keadaan di sana. Dari lapangan tercanggih dunia itu,aqila dibawa ke pusat pengajian cawangan kerana kursus yang ditawarkan itu hanya di satu cawangan tersebut sahaja..3 bulan di sana…………..
“saya syafiq,pelajar tahun akhir jurusan farmasi di sini”,….
“saya aqila,pun jurusan farmasi tahun pertama”,balas aqila dengan sedikit lontaran senyuman. Dengan wajahnya yang agak gebu,senyumannya yang manis ditambah lesung pipit di pipinya itu tidak mustahil mampu memikat hati pelajar Malaysia,malah pelajar sana juga.
Perkenalan aqila dengan syafiq itu kurang disenangi oleh persatuan pelajar dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Syafiq memang dikenali dengan ‘play boy’nya. Dia anak seornag ahli perniagaan di Malaysia yang mempunyai rangkaian ‘bisnes’ di sana. Lagipun suatu ketika dahulu syafiq pernak merosakkan masa depan pelajar tahun ke dua.
Dia yang lagi ‘famous’ dengan panggilan hero Malaysia itu adalah kaki disko dan kuat minum. Ramai gadis Malaysia yang tertarik dengan penampilan die yang agak lengkap. Dia satu-satunya pelajar Malaysia yang memiliki ‘sport car’ di sana.
Kelas pertama aqila bermula dengan kelas Prof Tommy di blok F fakulti. Kebetulan kelas syafiq juga di blok f… “hai,kelas kat sini ke?”,Tanya syafiq.
“Ha’ah.baru je habis kelas Prof Tommy td”,jawab aqila keseganan lagi. “so,nak ke mana ni?”, “ermm,nak ke pecan ‘book shop’,Prpf Tommy suruh cari buku “Bio Medical” karangan die jilid pertama. “oh,yeke. Tak perlulah ke sana,petang nanti saya pinjamkan.Saya dah guna buku itu semester lepas.”, “eh,tak apalah,seganla saya”. “ala,lagipun buku itu mahal. Banyak lagi duit awak perlu guna untuk beli buku”. Begitu lah perbualan mereka di tepi tangga ke blok pensyarah yang akhirnya membawa mereka ke ‘stubuck cofe’ berhampiran jalan utama ke Bandar. Itulah kali pertama aqila merasa kereta yang mahal. Kali pertama aqila dan syafiq dapat berborak dengan lebih panjang.
Kampong nelayan….
“apala khabarnya kembar kau kt sana ye laila”, “ala,bulan pertama mesti dia begitu ‘busy’ mak”. “alah,kau manalah tahu,belajar pun sampai tingkatan lima aje”,sinis,pedih ibarat tertusuk duri sembilu.
Laila melangkah dengan bantuan sahabat setia menuju ke bilik di sebelah sermbi dapur. Air matanya bercurah,hatinya begitu tersentuh dengan kata-kata ibunya. Namun jauh di sudut hatinya menyimpan dendam. Mak leha di ‘jemoran’ luar membasuh ikan sepat yang diberi oleh jiran untuk dibuat perkasam.
Enam bulan selepas aqila di university…….
Sepucuk surat dikirim…..
Assalamualaikum mak,laila…
Apa khabar di sana?qila di sini sihat wal afiat. Terima kasih dengan doa mak yang tidak putus-putus untuk qila. Qila berjanji untuk mengikuti pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Sekarang musim sejuk di sini,minggu hadapan ada senior qila berjanji nak bawa qila ke kaki gunung bermain salji. Nanti qila dah habis belajar,dapat kerja qila akan bawa mak dan laila ke sini musim sejuk..
Mak,
Sekian sahaja surat dari qila,lagipun sekarang qila tengah menghadapi peperiksaan awal bagi semester pertama. Mak doakan qila ek mak.
Sekain dari anakmu yang jauh di perantauan..aqila abd rahman….
Selesai sahaja kertas akhir peperiksaan awal semester satu, ‘break sem’ selama sebulan lebih. Ada pelajar Malaysia yang pulang ke Malaysia,ada juga yang berkerja di sana untuk menampung kehidupan semasa cuti sementara duit biasiswa masuk. Aqila bercacang untuk pulang tetapi ekonominya masih belum kukuh padu. Biasala pelajar tahun pertama jarang yang pulang kerana wang sebagai penghalang. Syafiq juga membuat keputusan untuk terus di sana. Boleh lah dia meninjau ‘bisnes’ ayahnya. Syafiq mempelawa aqila untuk membantunya di syarikat. Walaupun ada udang disebalik batu tetapi disebabkan terlampau mempercayai syafiq aqila tidak Nampak semua itu. Syafiq pelajar tahun empat itu memang banyak helah untuk mengikat wanita untuk bersamanya.
Ramai pelajar menasihati aqila agar tidak menunaikan permintaan syafiq itu tapi,tidak diendahkannya. Di saat-saat ini lah syafiq dan aqila mula menjadi teman rapat. Kemana-mana saja mereka berdua sehinggalah aqila terpengaruh dengan janji manis syafiq. Syafiq meminta aqila untuk tinggal di apartmentnya sementera cuti dengan alas an senang untuk berbincang soal kerja dan pergi dan pulang dari kerja. “kalau qila tinggal dengan fiq di apartment itu tak payah la fiq nak ulang alik jemput dan hantar qila pulang,lagipun lagi senag kita nak berbincang soal syarikat”,itula kata-kata manis syafiq. Aqila tanpa memikir panjang terus menerima pelawaan syafiq itu. “lagipun kalau aku tinggal di apartmentnya aku tak perlu keluarkan wang untuk membayar sewa”,pujuk aqila dirinya sendiri yang masih suci..
Semakin hari semakin aqila leka dengan kata-kata dan wang yang syafiq ada. Sekali imbas memang syafiq seorang yang suka mengambil berat,penyayang dan suka membantu orang yang kurang. Kelekaan aqila dengan syafiq itu banyak memeluatkan pelajar Malaysia yang lain sehinggalah suatu malam di apartment syafiq……
Aqila pelajar yang pintar dan kuat berpegang dengan ajaran agama akhirnya terpedaya dengan kemahuan nafsu jahat syafiq. Bersoraklah para syaitan pada malam itu. Tubuh suci ibarat air perigi yang sejuk dan suci diratah begitu senang oleh syafiq. Memang sesuai dengan gelaran sebagai hero Malaysia. Semakin hari semakin aqila leka,lupa hala tuju dan lalai dengan tanggungjawab. Kerelaan aqila seperti itu mengejutkan semua pelajar Malaysia yang satu ‘batch’ dengan dia.
Suasana musim dingin yang mampu membeku diri manusia membatu diatas katil dek kepanjangan wakt u malamnya. Cahaya bulan yang separa mengambang ditatap aqila menerusi tingkap cermin jernih itu. Kalau dulu di kampung dikala bulan mengambang maknya selalu menyuruh agar daun jendela kayu itu ditutup sebelum kembalinyanya suria. Dan di antara mega-mega menjadi raja memerahkan langit dikala itu juga la mereka berdua mengaji al-quran. Aqila termenung sendirian sementara syafiq pula sudah tiga jam keluar untuk membeli hidangan malam mereka. Tiba-tiba ……….
“hai sayang”,lamunan aqila ditampar terus dengan suara kekasih hatinya. Keterlanjuran yang ibarat rutin itu sudah tidak terkira lagi. Entah bila aqila solat,waktu bila dia berdoa kepada ibunya seperti dahulu,menyedihkan lagi aqila sudah pandai meneguk air darah syaitan itu. Kini mabuk menjadi rutinnya setiap malam sebelum dan selepas keluar untuk ke ‘night club’.
Habis cuti musim sejuk…..
Keadaan tidak berubah walaupun aqila kembali ke fakulti untuk belajar. Keputusan peperiksaannya semester lepas agak memberangsangkan. Aqila banyak berubah. Sikapnya tidak seperti dahulu. Dia sudah lupa asal usulnya. Nafsu menjadi raja dalam hidupnya. Kalau dulu aqila sering tampil dengan kurung pinknya kini sudah tiada. Hanya seluar sendat dan baju singkat yang di ‘cover’ dengan jaket menghilangkan sejuk. Kalau dimusim panas pula macam mana???.
Di kampung permai……
Laila masih belum boleh melelapkan mata,setiap hari pipinya dihujani bintik-bintik jernih. Tersinggung dengan kata-kata sinis si emak yang tak habis-habis melemparkan keperlian. Dia punya cita-cita dan keazaman yang tinggi. Teguh jati diri dan tetap pendirian. Rumah usang yang tidak berapa jauh itu selang seli didatangi bunyi ombak malam yang amat indah. Sesekali deruman ombak menampar pantai membuatkan ombak melambung kegirangan. Sesekali laila terdengar bunyi yang luar biasa dari hujung serambi. Di situ bilik si emak. Laila cuba menumpu pendengaran yang sering terganggu dek bunyi ombak bermain. “Ibu,kenapa belum tidur lagi ni?”,Tanya si anak kerisauan. Laila mendekati maknya ibu,menggosok belakang orang tua itu. Urat-urat biru jelas di hujung jarinya. Laila lantas mendapatkan sehelai tuala cina yang digunakan emaknya untuk menekup mulut tatkala batuk..
“Ya ALLAH,darah apa ni mak?”, laila tertanya resah.
“Tak ada apa la”,balas emaknya. “aku rindukan aqila yang rajin belajar”,tak habis-habis lagi perlian emaknya. Laila hanya mampu menundukkan kepala. Dia sedar dia perlu keluar dari kepompong itu walaupun dia kurang berkemampuan fizikal. “ahhhh,aku ada sahabat baik yang boleh membantuku berjalan”,laila memujuk dirinya. Tapi yang menghalangnya sebenar ialah ibunya. Dalam hatinya siapa yang nak menjaga ibunya. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia mengikuti program yang JKM anjurkan itu,khas untuk orang kurang upaya. Keadaan itu berlarutan selama tiga malam. Mak leha batuk berdarah. Akhirnya laila berusaha mendapatkan kereta sewa untuk membawa si ibu yang mengandungkannya selama Sembilan bulan,menyusukannya selama dua tahun,menjaganya selama ini. Dia sedar,dia tidak punyai kelebihan berbanding dengan kembarnya aqila.
Surat untuk aqila………….
Assalamualaikum..apa khabarnya kau ............bersambung

bicara kata-kata hikmah


“I not only think but also look and study things carefully. When I travel around, I look at things carefully, make comparisons of what I see. I don't accept things at face value, you cannot trust what you hear or see. Don't jump to conclusions without thinking.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad


born on 20 December 1925
the fourth Prime Minister of Malaysia. He held the post for 22 years from 1981 to 2003

"Words have no wings but they can fly a thousand miles".
HUANG ZHEN YI (황진이)

lPENYAJAK WANITA KOREA TERKENAL

"Everything has beauty, but not everyone sees it".
-CONFUCIUS-

Wednesday, April 30, 2008

Pengurusan Bilik Darjah by Khairi hj Alwi

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Secara amnya,bila kita menyebut soal bilik darjah ramai antara kita yang menyempitkan skop bilik darjah hanyalah sesuatu ruang yang berdinding dan beratap,mempunyai meja,papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari buku. Tanggapan ini adalah bukannya tidak benar,tetapi jika ditinjau dalam konteks yang sebenar bilik darjah mempunyai konsep yang sangat luas. Dengan kata kunci tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran,maka bilik darjah boleh didefinisikan ataupun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu.
Bagaimanakah perkembangan yang berlaku terhadap konsep bilik darjah?. Jawapannya ialah, cuba kita kembali menyingkap sejarah silam perkembangan sistem pendidikan Negara,pada zaman dahulu,terdapat lima hingga tujuh orang pelajar berada di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran dari seorang mahaguru dan ini pada dasarnya sudahpun dianggap sebagai bilik darjah kerana di situ berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran begitu juga sebelum kedatangan British,surau atau pondok dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran daripada imam. Situasi ini juga boleh dianggap sebagai bilik darjah. Justeru,tidak kira dimana sekalipun asalkan berlakunya atau berlangsungnya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan ia boleh disifatkan dan dikategorikan sebagai bilik darjah sekalipun ia berlaku di sebuah padang pasir yang luas sebagaimana di negara-negara luar seperti Iraq dan Afghanistan.
Tetapi,pada hari ini konsep bilik darjah biasanya ditafsirkan berdasarkan fungsi pendidikan atau penyusunan fizikal. Secara kasarnya jelas bahawa tempat seperti sebuah ruang bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah pengawasan seorang guru dan dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi,meja,meja guru dan papan hitam yang disusun mengikut piawaian memang dianggap sebagai sebuah bilik darjah tetapi, bagaimana pula dengan sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani,sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji di sebuah makmal sians dan sekumpulan pelajar yang sedang menonton program tv pendidkan di pusat sumber?. Adalah ia boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah ataupun sebaliknya?. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Kebanyakannya melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua,ibu bapa dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain dari bentuk pengajian seperti menetapkan matlamat,memperuntukkan sumber dan mengarah tujuan.
Manakala pengurusan bilik darajah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan menngekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar,menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau juga,pengurusan bilik darjah yang efektif haruslah bersifat proaktif,responsive dan menyokong.
Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk membezakan anatara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri.menurut kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.
JENIS-JENIS BILIK DARJAH
Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjah pada masa kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilik darjah KBSR dan KBSM,bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah terbuka.
Bilik darjah tradisi
Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

Bilik darjah KBSR dan KBSM

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darajah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.
Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran

Ciri-ciri bilik darjah KBSR dan KBSM
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.


Bilik darjah mata pelajaran khas

Dalam KBSM,beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan. Antaranya ialah makmal sains,bilik ekonomi rumah tangga,bilik seni perusahaan,pusat sumber dan sebgainya. Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan yang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalam amali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan peljar menjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini juga dilengkapkan dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen dan alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagi dalam makmal sains dan bilik kemahiran hidup.

Bilik darjah terbuka

Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka
R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu ‘pendekatan pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan pelajaran serta pengelibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran’.
Jelasnya,dalam sistem pendidikan terbuka,pelajat diberi peluang untuk merancang aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum. Guru hanya berperanan sebagai penasihat sebagai pembimbing dan memilih bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan atau individu.
Biasanya,pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang dengan guru.

Ciri-ciri bilik darjah terbuka:
1) Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu
2) Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah.
3) Kaya dengan bahan dan peralatan mengajar.
4) Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajran diintegrasiakn
5) Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati
6) Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akedami dan minat
7) Mempunyai suasana saling mempercayai dan menghormati perbezaan
8) Ujian dan peperiksaan dikurangkan begitu juga dengan pembahgian gred.
9) Perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar denagn pelajar secara terbuka dan jujur.

Dari segi ciri bilik darjah terbuka,kita dapati bahawa guru dalam bilik darjah hanya berperanan sebagai pembimbing,pengurus pembelajaran,kaunselor,pemudah cara atau fasilitator. Ini jelas berbeza dengan bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan kelas. Implikasi daripada ini ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya sendiri. Suasana berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi,ujian dan tekanan dari luar untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.
Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah terbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalah yang dijangkakan timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akan menimbulkan masalah bagi guru yang tidak terlatih.




MASALAH-MASALAH UTAMA DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
Sebagai seorang guru yang mengajar pelajar,semestinya menyimpan matlamat yang tersendiri selain daripada objektif yang tertulis dalam buku rancangan pengajaran. Sebagai contoh,seorang guru yang bersifat pendidik mesti mempunyai azam mendidik pelajar-pelajarnya menjadi manusia yang berguna,boleh memberi sumbangan kepada masyarakat sekeliling,memanfaatkan ilmu yang di sampaikan kepada orang lain. Matlamat-matlamat ini tidak pernah termaktub di dalam buku rancanag pengajaran. Tetapi adakalanya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan salah satu wasilah untuk merealisasikan objektif dan matlamat tersebut tidak berjaya sebagaimana yang diharapkan. Kegagalan ini berpunca dari beberapa masalah yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah-masalah telahpun dikenalpasti sebagai masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan guru. Antara masalah-masalah tersebut ialah:
1 )Masalah komunikasi
Komunikasi ialah merupakan medium untuk seorang guru menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat kepada pelajar-pelajarnya dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran samada secara langsung atau secara tidak langsung. Komunikasi dalam konteks pendidikan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu komunikasi secra lisan atau dikenali juga sebagai komunikasi “verbal” dan yang ke dua ialah komunikasi secara bukan lisan atau “non verbal”. Komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat ataupun idea secara lisan daripada seorang individu iatu guru kepada sekumpulan pendengar atau pelajar. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan sekiranya idea atau maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah difahami.
Manakala komunikasi bukan secara lisan pula ialah penyampaian maklumat melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan,gerak kepala,ungkapan muka dan sebagainya. Misalnya mengangguk kepala boleh diertikan sebagai bersetuju atau menerima,senyuman bererti memberi galakan. Berdasarkan rujukan dan kajian yang telah saya jalankan dapat saya spesifikkan masalah komunikasi ini kepada beberapa sebab iaitu:

a) Masalah bahasa - proses komunikasi menggunakan bahasa sebagai media yang menghubungkan antara dua pihak. Selalunya masalah dalam komunikasi ialah berpunca dari bahasa samada bahasa yang salah atau bahasa yang kurang jelas.Sekiranya menggunakan bahasa yang sama pun boleh mengalami masalah apatah lagi pendenagar dan penutur merupakan dua individu yang menggunakan bahasa yang berbeza. Sebagai contoh seorang guru yang tidak pernah lekang dari menggunakan loghat daerah sedangkan pelajarnya adalah individu yang menggunakan loghat yang berlainan. Apatah lagi bagi guru yang sudah terbiasa menggunakan bahasa campuran melayu inggeris dalam subjek yang tidak berkaitan seperti sejarah dan moral. Hal ini menarik perhatian Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Dato’ Dr Hassan Ahmad di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 22 februari 2008 yang menekankan bahawa loghat daerah punca bahasa melayu lemah. Ironi daripada petikan ini guru mestilah pandai menggunakan bahasa bersesuaian mengikut topik yang diajar.Situasi ini membawa implikasi yang sangat bahaya iaitu meyebabkan pelajar tidak memahami isi pengajaran yang disamapaikan walaupun guru tersebut menganggap penyampaiannya adalah yang terbaik.
b) Ketidak jelasan suara guru - salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah dalam berkomunikasi juga ialah ketidakjelasan suara guru. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa suara seorang guru guru adalah sangat penting kerana ia adalah alat perantara dalam proses komunikasi. Ketidakjelasan suara guru boleh membuatkan proses komunikasi dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan terhalang atau boleh menimbulkan kekeliruan. Tidak kira apa kaedah yang dijalankan oleh seseorang guru tersebut suara guru mesti lantang serta mampu didengari oleh semua pelajar dan guru perlu bijak berintonasi kerana suara guru yang hanya mendatar dari awal pengajaran sampai ke akhir pengajaran akan membuatkan pelajar cepat bosan. Guru juga perlu pandai menggunakan kemudahan yand disediakan oleh pihak pengurusan, sebagai contoh,untuk kelas yang begitu ramai dan dalam ruang yang sangat luas guru mestilah menggunakan pembesar suara.
c) Keegoaan dan autokratik - sikap guru yang ego dan menganggap pelajar perlu menerima sebulat suara apa yang disampaikan dan keautokratikan guru yang tidak memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersuara menyebabkan terjadinya komunikasi sehala yang sekaligus akan menjejaskan keberkesanan dalam proses menyampai dan menerima maklumat. Ini kerana guru hanyalah manusia biasa yang sekali sakala tidak dapat memerdekakan diri dari salah menaympaikan dan silap menganggap.
d) Kegagalan mengawal emosi - emosi atau perasaan boleh mempengaruhi seseorang ketika berkomunikasi. Guru yang dalam keadaan marah ada kalanya menjadi tidak rasional. Tidak sepatutnya sebagai seorang guru tidak mampu mengatasi masalah yang selalu bertapak dalam hidup manusia normal,justeru guru mestilah bijak mengawal emosi agar penyampaian yang dilakukan dibalas dengan penerimaan yang baik oleh pelajar. Pelajar sepatutnya menerima pelajaran dalam kedaan hormat kepada guru bukannya dalam ketakutan dan terpaksa.
e) Gangguan di luar bilik darjah - sekalipun guru mampu mengawal keadaan dalam bilik darjah dari kebisingan dan kebingitan pelajar tetapi bagaimana sekiranya gangguan itu berpunca dari luar seperti berhampiran bilik darjah itu adanya pembinaan bangunan atau aktiviti luar bilik darjah bagi kelas lain?. Kebiasaannya pelajar akan tertarik kepada apa yang berlaku diluar bilik darjah. Hal ini mengimpakkan peyampaian guru terjejas dek ketidaktumpuan pelajar terhadap proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Sebagai guru,kita mestilah bijak menangani masalah sedemikian dengan kreatif samada mengambil inisiatif lain. Sekiranya guru dapat mengatasi masalah ini saya yakin proses pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
1) Masalah disiplin
Di dalam bilik darjah,pelajar-pelajar yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Dengan ini segala aktivit pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik,teratur dan licin. Tetapi salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin. Ini bermakna segala apa yang dijelaskan di atas menjadi sebaliknya.
Secara am,disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Selain itu,disiplin juga boleh disifatkan sebagai pemikiran cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional dan keyakinan diri.
Dalam konteks pendidikan,disiplin seorang pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh sekolah malah,pembentukan disiplin pelajar juga sering diopengaruhi oleh persekitaran dan masyarakat di luar sekolah. Selain itu,disiplin pelajar juga dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ayah dan ibu,guru dan pemimpin masyarakat.
Zaman berubah bererti membawa perubahan kepada pemikiran seseorang terutama pelajar. Kemasukan anasir-anasir laur yang tidak sepatutnya telah banyak menyumbang kepada pertambahan masalah disiplin pelajar. Individu yang sentiasa berhadapan dengan cabaran ini ialah guru yang boleh diibaratkan sebatang lilin.
Untuk menerengkan lagi masalah berkaitan disiplin dalam pengurusan bilik darjah ini saya bawakan satu situasi iaitu Abu,Kim Seng dan Muthu adalah kawan karib di dalam tingkatan 5 cempaka,mereka sering tidak hadir ke sekolah. Apabila mereka disoal oleh guru,mereka hanya menjawab mereka sakit tanpa membawa surat perakuan doktor. Situasi ini adalah satu bentuk masalah disiplin yang kerap dihadapi oleh guru.
2)Kesihatan murid
Kesihatan murid juga merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah. Bertitik tolak dari cogan kata ‘badan sihat otak cergas’ membuktikan bahawa hanya pelajar-pelajar yang sihat sahaja dapat memberiakan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Bagaimana pula dengan keadaan pelajar yang tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup seperti pelajar yang berkerja sambilan di malam hari sehingga lewat malam?.
Sudah pasti pelajar ini tidak dapat memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung,mereka sering berasa gelisah malah terdetik di hati mereka lambatnya guru ini hendak menghentikan pengajaran dan tidak kurang juga ada yang curi-curi tidur sehingga betul-betul terlena. Keadaan seperti ini membawa masalah dan mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sedangkan,dalam prinsip pembelajaran menekankan apsek persediaan pelajar untuk menerima pengajaran dan pengelibatan pelajar yang aktif.
3)Susun atur dan peralatan
Masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur sebuah bilk darjah,guru seringkali berhadapan dengan kematian punca untuk mengatur kedudukan meja dan kerusi pelajar-pelajar malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga. Hal ini mungkin disebabkan dua faktor yang utama iaitu bilangan pelajar yang begitu ramai dalam satu bilik darjah dan yang ke duanya ditambah pula dengan ruang bilik darjah yang begitu terhad. Situasi ini berlaku kepada guru yang mengajar di sekolah harian. Bagi sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan SMKA saya rasa rasa ia bukanlah suatu masalah kerana bilangan pelajar denagn ruangan bilik darjag memanag terpiawai.Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaru tingkah laku pelajar malah ia juga boleh mempengaruhi sikap pelajar dan penyumbangan kepada akademi pelajar.
Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya susun atur yang dibuat sebaik mungkin maka hasilnya adalah positif sekiranya tidak maka hasilnya adalah negatif. Saya yakin sebagai seorang guru sememangnya mahukan sesuatu yang baik,sempurna dan positif dalam setiap perangkaan yang dibuat tetapi adakalanya apa yang dibuat itu terpaksa mengalami kegagalan di sebabkan masalah-masalah yang di dapat dielakkan. Seperti masalah yang saya nyatakan di atas memenag adalah suatu masalah yang pada mata kasarnya tiada penyelesaiannya kerana bilanagn pelajar dan ruang bilik darjah memang tetap dan tidak boleh diubah-ubah.
Ditinjau dari aspek peralatan pula,selalunya bukanlah peralatan yang disediakan itu tidak mencukupi tetapi selalunya peralatan itu tidak boleh berfungsi atau dengan kata lain rosak. Sebagai contoh antara alatan-alatan yang selalu mudah rosak samada rosak atau dirosakkan pelajar ialah pemadam papan hitam,penyapu,peralatan di ruangan belajar seperti almari malahan kadang-kadang papan hitam dan meja serta kerusi pun turut rosak atau dirosakkan. Peralatan-peralatan seperti ini memeang tidak dapat dinafiakan bantuannya dalam proses pengajran dan pembelajaran yang berkesan telah pun disediakan oleh pihak pengurusan tetapi pengedarannya secara berkala seperti papan hitam mungkin dua atau tiga tahun sekali. Di sini jelas menunjukkan masalah yang guru dan bakal guru akan hadapi. Walau bagaimanapun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti melepaskan batuk di tangga.

Cadangan-cadangan dalam penambahbaikkan bilik darjah supaya boleh diurus dengan efisyen

Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri seorang guru,iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas,demokratik pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif,sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran.
Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,interaksi dan pengelibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan matlamat yang ingin dicapai tercapai, seorang guru wajib mengetahui prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini adalah rangkuman daripada sikap guru,iklim bilik darjah dan pengurusan yang mengutamakan pengajaran. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut :
1)Hubungan baik antara guru dan pelajar.
Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bili darjah mempunyai objektif yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka,kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar perlu diwujudkan agar guru dapat menghormati pelajar sebagai individu yang memerlukan pertolongan dan pelajar dapat menghormati guru debagai orang yang akan membantunya.
2)Sikap guru yang optimis.
Guru sebagai pengurus perlu yakin akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut.
3)Bersikap positif kepada semua pelajar.
Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan dan efisyen,untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar yang kerapa membuat masalah,guru mestilah bersikap positif terhadap semua pejalar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari,bukannya diri mereka. Biasanay apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat tentang mereka,mereka akan lebih bersifat terbuka,berkongsi dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif.
4)Mencegah lebih baik dari merawat.
Pepatah inggeris ada menyebut “prevention is better than cure”. Pepatah ini boleh diadaptasikan dalam pengurusan bilik darjah. Bagi seorang guru,mencegah perlakuan negatif pelajar adalah lebih baik dari mengambil tindakan untuk merawat atau mengawalnya. Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah,menghalang pelakuan negatif pelajarnya.
5)Prosedur pengurusan yang tegas.
Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan,guru perlu tegas dalam melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar yang melanggar rutin perlu dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan. Kelonggaran atau kelemahan melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar terhadap guru.
6)Memberi dorongan yang positif.
Pelajar adalah manusia yang jiwanya bergelojak setiap masa,sebagai pengurus guru perlu memberi dorongan kepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang mereka perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian yang sewajarnya kerana pelakuan yang positif itu apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya.
Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan bilik,guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik darjah yang efisyen. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira oleh seorang guru sebagai pengurus. Antara yang utama ialah pengurusan fizikal yang cekap,komunikasi yang berkesan dan pengurusan disiplin yang mantap.
1)Pengurusan fizikal
Salah satu cara untuk memperbaiki suasana pembelajaran yang menggalakan adalah dengan cara menyusun persekitaran fizikalnya. Menurut Savage (1999), susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik darjah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan peranan,berusaha sebaik mungkin untuk penambahbaikkan daya tarikan bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajran iti harus dijalankan.
Menurut MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menmpung aktivit-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas,guru dapat menguruskan kperluan akademik,social dan juga emosi pelajar. Antara fungsi penting susun atur :
1) Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat oleh pelajar.
2) Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan pelajar dan guru di dalam bilik darjah.
3) Mengurangkan segala gangguan supaya pelajar dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
4) Memastikan guru dan pelajar masing-masing merasa selesa.
Dalam pengurusan fizikal saya fokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola kedudukan pelajar dan peralatan yang lengkap.
A) Pola kedudukan pelajar
Berdasrkan susunan fizikal,kedudukan pelajar juga mempunyai pengaruh yang dominan ke atas suasana pembelajaran pelajar. Guru haruslah bijak dalam menyusun kedudukan kerusi dan meja agar semua pelajar merasa selesa semasa pengajaran dijalankan. Ketentuan ruang untuk pergerakan bergantung kepada jumlah pelajar dan berapa luas bilik darjah tersebut.
Sekiranya pelajar duduk dalam kumpulan empat atau enam orang,ini dapat memudahkan lagi perbincanagn dikalangan mereka dan dengan ini juga mereka dapat membantu di antara satu sama lain. Guru lebih mudah juga memberikan kerja berkumpulan atau berpasangan dengan kedudukan pelajar yang demikian. Susunan kedudukan pelajar banyak bergantung kepada keparluan serta kefahaman guru tentang apa yang ingin dicapai di akhir pengajaran. Ada juga antara guru yang tidak mahu peljarnya asyik berbingcang atau berbual dengan rakan-rakan yang lain maka,setiap pelajar akan duduk berasingan ataupun bersendirian seorang pelajar satu meja dan satu kerusi dan semuanya menghadap ke hadapan kelas.
Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan peljarnya yang normal. Sekiranya bilik darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering didapati guru sukar untuk berjalan dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain dan hal ini bukan sahaja menyukarkan guru tetapi juga pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dalam bilik darjah yang sempit. Interaksi antara guru dengan pelajar juga terhambat kerana guru sukar untuk bergerak dan meninjau maslah pelajar.
Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau inisiatif lain lg tetapi masih boleh cuba untuk menyusun denagn sebaiknya. Menurut Wolfgang (1996), semua pelajar digalakkan melihat guru mereka dengan baik dan begitu juga guru. Meja guru haruslah sentiasa berada berdekatan pelajar yang sering memerlukan perhatian yang lebih umapamanya mereka yang berkeperluan khas atau lebih bermasalah dalam pembeljaran. Susunan yang baik dan rasional seperti yang berbadan besar dan tinggi di belakang manakal yang kecil di hadapan perlu juga diambil kira oleh guru.

B) Peralatan yang lengkap
Sumber yang sedia ada serta perkakas peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah juga akan mempengaruhi guru dalam menyusun suasan fizikal bilik darjah tersebut. Memang pihak pengurusan sekolah menyediakan peralatan asas seperti papan hitam,almari,alat-alat membersih teapi yang menjadi masalahnya peralatan yang disediakan itu diagihkan secara berkala seperti setahun atau enam atau setiap pertengahan tahun. Malangnya sebelum tempoh jangkaan tersebut peralatan itu sudah rosak,hilang dan sebagainya.Apabila alatan atau perkakas yang dapat disediakan adalah terhadad dan terbatas,guru mesti menggunakan cara lain untuk memperoleh alatan atau perkakas tersebut seperti mengutip derma atau sumbangan tajaan terutamanya daripada ibu bapa pelajar yang berkemampuan.
Guru juga perlu kreatif memperlibatkan sama pelajar dalam menyelesaikan maslah-masalah seperti ini. Menyuruh mereka cuba membuat dengan tangan mereka kalau pelajar tersebut dari tingkatan yang tinggi seperti tingkatan tiga dan ke atas,menganjurkan gotong royong kelas untuk mengumpul alatan-alatan tersebut,setiap pelajar bawa satu alatan contonhya. Dengan ini,ianya bukan sahaja emnggalakkan pengelibatan pelajar tetapi juga menyemai kemesraan di antara guru dengan pelajar,pelajar dengan pelajarWalaubagaimanapun,segala aktiviti seperti ini mestilah mendapat kebenaran dan kelulusan pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu.
Konklusinya,walaupun dengan peralatan yang agak terbatas,banyak cara atau kaedah yang boleh diambil oleh guru untuk menyediakan suasana yang menyeronokkan yang dapat menjadikan pengurusan bilik darjah yang efisyen dekaligus dapat meningkatkan lagi pengajaran serta pembelajaran di kalangan pelajar. Apabila guru berfikiran kreatif serta inovatif,tentunya pelajar-pelajar akan memeperoleh banyak manfaat dengan belajar dalam bilik darjah yang ceria,selesa dan sihat.
2 )Komunikasi yang berkesan.
Sekiranya kita membuat tinjauan, kita akan dapati bahawa komunikasi merupakan sesuatu yang komplek. Menurut Verdeeber dan Verderber ( 2002), komukasi merupakan proses untuk membina atau mengongsi makna dalam perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan atau syarahan. Proses ini melibatkan peserta,konteks,mesej,wujud atau tidak sebarang gangguan dan maklum balas yang diterima. Dengan ini,komunikasi digambarkan dalam bentuk strategi arahan yang perlu dalam penyampaian ilmu kepada pelajar.
Komunikasi sering kali menjadi masalah utama kepada guru dalam penyampaian ilmu. Pada hakikatnya tidak perlu semua guru untuk menjadi guru bahasa tetapi,biarlah penggunaan bahsa guru itu sesuai dengan keperluan dan kebolehan pelajar bagi setiap mata pelajaran. Guru haruslah menggunakan kefahaman dalam komunikasi samada komunikasi itu dalam bentuk lisan ataupun bukan lisan. Motley (1990), telah menetapkan cirri-ciri yang harus ada dalam komunikasi iaitu :
1) Adanya pertukaran informasi
2) Proses berlaku dalam system komunikasi
3) Penyampai dan penerima terlibat secara aktif.
4) Kualiti dalam komunikasi itu berbeza.

Pengajaran dan pembelajaran banyak melibatkan komunikasi antara guru dan pelajar serta dikalangan pelajar juga. Komunikasi yang berlaku antara guru dengan pelajar banyak dalam bentuk lisan selain dalam tulisan dan bahsa isyarat. Oleh itu,kemahiran berkomunikasi adalah sangat penting bagi seorang guru. Kecekapan berkomunikasi akan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi di bilik darjah ialah :
1) Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi
Kewujudan amalan demokrasi di dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Pelajar tidak berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuaraka pandangan walaupun pandangan itu tidak disenangi samada oleh guru atau pelajar lain.
2) Menggunakan bahasa yang berkesan.
Sebagai seorang guru,bahasa adalah media terpenting dalam menyampaikan ilmu. Dalam proses penyampaian ilmu itu,guru mestilah menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat,jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret-leret akan menyukarkan pemahaman pelajar malah mungkin boleh membawa kepada salah tafsir pelajar.
3) Menyesuaikan dengan situasi.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan individu pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Guru pula perlu bijak menyesuaikan cara berkomunikasi antara setiap pelajar yang berbeza tersebut. Sebagai contoh,jika berkomunikasi denagn pelajar yang lemah kognitifnya maka guru perlulah menggunakan aras komunikasi yang rendah dan begitulah sebaliknya.

3)Menangani disiplin bilik darjah.
Disiplin bilik darjah juga adalah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru terumanya guru yang baru menyandang jawatan. Bagi guru yang baru menyandang jawatan, mereka memang menghadapi kesukaran menjayakan peranan sebagai pembentuk disiplin pelajar. Mereka tidak mempunyai pengalaman sebenar bilik darjah sebelum ini dan pengurusan ini tidak cukup dengan hanya teori-teori yang dipelajari di universiti. Walaubagaimanapun ini bukan suatu penghalang yang sangat dasyat kepada guru baru kerana mereka boleh belajar menimba pengalaman secara berperingkat. Terdapat banyak cara untuk mengurus disiplin agar bilik darjah menjadi aman,sihat,kondusif dan efisyen.
Guru yang efektif akan menguruskan supaya pelajar dapat menggunakan masa dengan lebih produktif. Punca guru tidak dapat menggunakan masa dengan sebaiknya adalah berpunca dari salah laku pelajar. Tidak kira samada salah laku tersebuat adalah ringan atau lebih serius. Sebagai contoh semasa guru sedang mengajar seorang pelajar mengganggu pelajar yang lain maka,di sini guru tersebut perlu mengambil sedikit masa untuk menegur atau membuat dendaan kepada pelajar tersebut. Sebagai guru yang baik merangkap pengurus sesebuah bilik darjah guru mestilah mengaplikasikan pepatah inggeris yang menyatakan ‘prevention is better than cure’. Dari situlah sekiranya guru berjaya mencegah salah laku pelajar tersebut maka masa yang guru ada dapat dugunakan dengan lebih efisyen dan sebaiknya.
Bagi mengelak masalah tingkah laku pelajar di bilik darjah,guru juga perlu menyediakan pelan pengajaran yang baik agar produktiviti pelajar dapat ditingkatkan. Dalam bilik darjah yang diurus dengan baik,pelajar tidak akan merasa bosan dan masa tidak terbuang. Selain itu juga,guru haruslah sentiasa memberi perangsang kepada pelajar dengan menunjukkan sikap dan sifat yang baik agar merangsang mereka untuk tidak melakukan masalah dan mengamalkan sifat dan sikap yang baik sekaligus menghapuskan masalah tingkah laku atau disiplin pelajar dalam bilik darjah. Langkah-langkah di atas adalah cadangan-cadangan untuk penambahbaikkan bilik darjah agar ianya dapat diurus dengan efisyen selari dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan pendidikan yang berkesan kepada rakyat.


Rujukan
1) Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: methods and techniques for elementary and secondry teachers (2nd edition). New York:Longman Inc.
2) Levin,J.& Nolan,J.F. (2004). Principle of classroom management: a professional decision-making model. USA:Allyn&Bacon.

3) Hall,C. (2000). Growing safe schools-it takes a community! University of Akron.
4) Henley,M. (2006). Classroom Menagement: A proactive approach. New Jersey: Pearson Prantice Hall.
5) Savage,T. V. (1999). Teaching Self-Control Through Management and Discipline. Boston:Allyn and Bacon.
6) Verderber, R. F., & Verderber, K. S. (2002). Communicate! (10th ed.). USA: Clark Baxter.

Tuesday, April 29, 2008

untuk nurul

Setiap kali suria menjelma
Aku berkata,kenapa berakhirnya ia
Sedang aku belum puas menatapnya
Rindu ku betapa padanya
Setiap kali aku merenungnya
Wajahnya menjelma di sana
Melampiaskan rindunya juga
Menampar lena yang leka
Mengalun bersama kasihnya
Aku tersenyum bersahaja
Rindu padanya ibarat nyawa
Inilah ia
Yang dikatakan ikatan jiwa
Dua merpati ingin bersama
Merempuh ranjau bias
Dengan doa sebgai perisai
Walau ini sekadar kata-kata
hakikatnya
Kata-kata itu doa

Luahan pena puteraADAM
JUMAAT, 11 APRIL 08