Wednesday, September 10, 2008

my pena

HARAPANNYA TIDAK SEINDAH JANGKAUAN
Tiupan angin pagi yang makin membuai mimpi Mak Leha.Jauh disudut hatinya membezakan dan memilih kasih antara dua cahaya mata kembarnya itu.Laila dan Aqila seperti biasa sebelum bersarapan dua saudara kembar itu menelan waktu pagi “weekendnya” dengan bersenam.Mungkin terikut-ikut dengan arwah abang long yang terkenal sebagai jaguh kampung.Laila walaupun tak seperti kanak-kanak lain fizikalnya namun dia punya harapan dan cita-cita yang tinggi.Masakan tidak dia mampu mengekori jejak langkah arina sepupunya yang sekarang atlit negeri.Mak Leha punya naluri keibuan yang tiada tolok bandingnya,ibu mana yang tak sayangkan anak walaupun tak seindah apa yang si ibu impikan.Tetapi,adakalanya Mak Leha beridiri di atas kaki keegoaan.Itu silapnya walaupun dia sedar bahawa tanpa angin masakan pokok boleh bergoyang.
‘Leha,kalau abang dah tak ada lagi suatu hari nanti,didiklah anak-anak kita dengan didikan yang sempurna.Jangan kamu perkecilkan laila dek fizikalnya yang kurang secebis dari aqila’,itulah amanat terakhir Pak Rahman sebelum dia “intaqala ila jiwari Rabbih”.Mak Leha zahirnya Nampak mengiakan saje namun jauh disudut hatinya untuk menerima hakikat kecacatan laila walaupun ibarat sebutir garam di lautan yang luas terbentang.Suratan telah menetapkan ujian yang datang hanyalah untuk hambanya demi ayat yang termaktub “AYYUKUM AHSANU AMALA”…………..
Kicauan burung tak semerdu sebiasanya.Mak Leha terus memanjangkan pandangan ke hadapan.Sesekali pandangannya dicuri oleh basikal faizal,anak lelaki ke-duanya selepas faizol yang kini entah di mana.Rindu di hatinya bagai tertusuk duri sembilu itu siapa pun tahu.Umurnya semakin hari semakin meninggalkan jasad.Namun,anak yang diibarat seeokor nyamuk pun tak dibenarkan sentuh kini ibarat kacang lupakan kulit.Hati ibu mana yang tak terguris.Faizol atau along meninggal sewaktu menunggu keputusan masuk ke universiti.Apa yang misteri, penyakitnya tak dapat dikesan….Lantas,faizal yang mendapat tawaran luar negeri itu menjadi raja sekeping hati yang lara.
Kadang kala tak siapa pun mampu meletakkan jari telunjuk pada Mak Leha,harapannya yang tinggi untuk menatang anak lebih-lebih lagi perempuan bagaikan minyak yang penuh yang kononnya boleh mengganti tempat dua teruna itu menjadi hambar dengan si kembar yang kurang sempurna.Mungkin juga optimisnya dengan rakan-rakan tatkala bercerita pasal anak-anak.
“tengokla nanti anak dalam kandungan ni akan jadi seorang model yang terkenal”
“nanti kamu semua tengok jela muka kami anak beranak dalam kaca tv”
“iiiiiiieeee,tak sabar betul aku nak nunggu 4 bulan mendatang,nak menatang bagai minyak yang penuh”kalam Mak Leha sewaktu semabang-sembang orang kampung menunggu senja………..
Seperti kampung-kampung yang lainnya,desa insan peramah juga terkenal dengan keakraban sesama penghuninya.Lebih-lebih lagi ketua kampong itu bekas YB Haji Ibrahim yang memang berjiwa rakyat.Bayangkan rumah seorang YB manakah tidak dipagari batu-batu dan simen-simen kecuali Tuan Haji.Maka,tidak hairanlah kampung itu pernah mendapat anugerah desa permai.Tahun 1981 telah meninggalkan memori.
‘Ya ALLAH Ya Tuhanku,apalah salah hambamu ini,apakah dosa hambamu ini yang belum terampun,apakah amalan selama ini belum terangkat ke hadrat mu Yang Maha suci,apakah doa siang malamku ini belum termakbul?’ mak leha menolog keseorangan.Fikirannya sering saja kusut bagaikan akar-akar yang berselerak mencari punca air.Memang dahulu dia dia kelihatan cekal menghadapi semua ini tetapi ketika itu dia bersama mengharungi ujian ini bersama tulang mulia yang asalnya diciptakan dari Adam.Tapi sekarang seketul tanah mulia ber roh itu telah dipanggil menghadap Dia yang segala-galanya.Memang itu takdir.
Desiran ombak petang memukau pandangan mak leha yang nun jauh ke tengah pulau. Sesekali matanya berkerdipan disapa nyanian sang sayap di awanan. Bayu pantai memukul pipinya laju,ahhhhh nikmatnya tidak terhingga. Kolek-kolek lama terdampar diheret ombak terhuyung hayng ibarat si pemabuk ‘tody’. Umurnya yang semakin menjangkau cepat lantas anak-anak yang disara dengan sekidit peninggalan arwah suami dengan bantuan JKM kini sudah meningkat dewasa. Apa yang bermain dibenaknya sekarang Laila yang takdirnya memang tidak sesempurna kawan sebayanya. Walaupun kecekalan mak leha tidak boleh dibandingkan dengan kecekaln mariam melahirkan isa tanpa seorang ayah tetapi mak leha adalah wanita yang mempunyai sekeping hati yang sememangnya mampu diuji sebegitu. Begitulah rutin mak leha setiap hari. Sementara bosan menunggu dua peteri kembarnya itu pulang dari kelas tambahan,mak leha mengunci pintu rumah using peninggalan arwah itu lalu melangkah ke tepian pantai berhamp Hari demi hari belalu,bulan silih berganti. Dalam meniti sisa usianya mak leha sering saja diuji. “Apakah ini balasan Tuhan kepadaku kerana perkahwinan yang tidak mendapat restu nenek laila dan aqila dulu”, begitulah se;alunya monolog mak leha berseorangan…………….
Selepas sahaja menghabiskan kertas terakhir peperiksaan besar itu,aqila terus mendapat kerja manakal laila pula hanya mampu menemani mak leha di rumah usang. Tiupan angin kencang dan petir seringkali membuat titisan jernih membasahi pipi mak leha. Dalam hatinya sering terbayangkan keperitan dua peterinya itu. Di usia sebegini mereka sepatutnya tidak begini. Puas sudah laila memohon pekerjaan namun,dek kekurangan fizikalnya tiada majikan pun yang sanggup menerima. Kembarnya aqila mirip model terkenal di Bandar besar sudah mula menyimpan duit dengan keringat sendiri. Sehari demi sehari pendapatan aqila bertambah. Namun sehinggalah suatu hari……………..
Mak leha hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Hati kecilnya mula berubah. Seringkali ada sahaja yang tidak kena pada laila itu. Memang die kurang upaya. Tetapi dia masih mempunyai sekeping hati yang sentiasa inginkan kasih saying.
“kau tengok 2 laila kembarmu,sudah pun dapat kerja. Mesti di sekolah dia belajar betul-betul,tak macam kau”,kata-kata sebeginalah yang membuatkan hati laila amat tersinggung. Aqila mula mendapat kerja tetap sebagai pembantu juru kira di sebuah syarikat besar di kota. Dia berhijrah dari desa petani itu ke kota besar. Mak leha begitu bangga degan aqila. Lantas seringkali laila dilemparkan dengan kata-kata sinis. Pipinya selalu dicurahi air mata suci..menangis sendirian,apa yang dia mampu lakukan dengan kaki sebelah???
14 mei …..,sebuah motosikal berwarna ala pink menuju ke rumah lama itu.
Surat…surat…surat…ayat-ayat dari abang posmen yang tidak pernah lekang dek zaman dan tak telan dek hujan…
Mak leha membuka daun jendela kayu itu….
“surat siapa encik?”
“tak tahulah mak cik,anak mak cik kot”,jawab abang posmen spontan.
Optimis mak leha menarik pintu kayu yang tidak bercat itu,perlahan-lahan menelaah anak tangga.. laila hanya mampu menduga. “mungkin surat tawaran belajar”, “tapi,untuk siapa????”. Laila bersahaja dalam hatinya. “Laila, o laila,cube kau tengok surat ni,agaknya si aqila punya surat dari university kot. Bertuah betul si aqila tu,dala cantik,pandai pula belajar. Dapat tawaran belajar luar negara lagi”,mak leha menyapa lamunan laila di sebelah daun jendela kayu yang luas terbuka. Sesekali angin bertiup laju rambutnya ikal maya itu mengerbang.
Lantas laila menyapa sahabat karibnya yang dihadiahkan oleh ahli parlimen itu. Tanpa tongkat itu siapa laila untuk berdiri. Sejak dilahirkan laila memang tidak mampu untuk derdiri dengan kakinya sendiri.
Siti Nur Aqila bt Abd Rahman,tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di university…. “apa isi surat tu laila”,Tanya mak leha.
Surat qila mak,die dapat belajar university luar negeri. “tengok,kan aku dah cakap”,mak leha menyambung sinis. Mak leha begitu gembira dengan tawaran aqila dapat,egonya semakin menebal. Seringkali saja laila diperkecilkan. Namun begitu,laila tidak ambil hati.
Petang itu……………
“assalamualaikum,mak qila da balik”,ayat-ayat sopan anak daranya itu.
Mak leha menyambut aqila petang itu penuh keceriaan. Dibenakknya mula terbayangkan kehidupan mereka akan datang. Mak leha telah menyiapkan hidangan istimewa untuk aqila,dan laila pada petang itu ibarat pelayan di sebuah restaurant.
Setelah selesai makan mak leha menunjukkan surat tawaran itu kepada aqila.
“nah,kau tengok ni,usaha kau selama ni berbaloi. Tak rugi mak hantar kau belajar”,kata mak leha sinis niat menyindir laila. Laila di tepi tiang pasak rumah mendiamkan diri sahaja. Dia faham sangat dengan sikap maknya itu. Seminggu lagi aqila akan berangkat ke sebuah negara masyhur untuk menyambung pelajaran. Laila hanya mampu mengelamun. Mak leha sibuk memberitahu orang kampong,tak cukup dengan itu dia seringkali memnyindir anaknya yang kurang sempurna itu.. “tak baik kau leha,laila tu budak baik walaupun dia kurang sempurna.
Tibalah masanya. Dengan menaiki pesawat MAS 747 itu aqila membawa kaki melangkah pergi ke negeri ‘mat saleh’ itu..perjalanan hamper 12jam itu memenatkan tubuh aqila. Tibanya di sana aqila bersama 25 pelajar baru lain disambut oleh persatuan pelajar Malaysia di sana. Dengan kata lain senior-senior yang sudah beberapa tahun di sana,mereka ini tahu selok belok keadaan di sana. Dari lapangan tercanggih dunia itu,aqila dibawa ke pusat pengajian cawangan kerana kursus yang ditawarkan itu hanya di satu cawangan tersebut sahaja..3 bulan di sana…………..
“saya syafiq,pelajar tahun akhir jurusan farmasi di sini”,….
“saya aqila,pun jurusan farmasi tahun pertama”,balas aqila dengan sedikit lontaran senyuman. Dengan wajahnya yang agak gebu,senyumannya yang manis ditambah lesung pipit di pipinya itu tidak mustahil mampu memikat hati pelajar Malaysia,malah pelajar sana juga.
Perkenalan aqila dengan syafiq itu kurang disenangi oleh persatuan pelajar dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Syafiq memang dikenali dengan ‘play boy’nya. Dia anak seornag ahli perniagaan di Malaysia yang mempunyai rangkaian ‘bisnes’ di sana. Lagipun suatu ketika dahulu syafiq pernak merosakkan masa depan pelajar tahun ke dua.
Dia yang lagi ‘famous’ dengan panggilan hero Malaysia itu adalah kaki disko dan kuat minum. Ramai gadis Malaysia yang tertarik dengan penampilan die yang agak lengkap. Dia satu-satunya pelajar Malaysia yang memiliki ‘sport car’ di sana.
Kelas pertama aqila bermula dengan kelas Prof Tommy di blok F fakulti. Kebetulan kelas syafiq juga di blok f… “hai,kelas kat sini ke?”,Tanya syafiq.
“Ha’ah.baru je habis kelas Prof Tommy td”,jawab aqila keseganan lagi. “so,nak ke mana ni?”, “ermm,nak ke pecan ‘book shop’,Prpf Tommy suruh cari buku “Bio Medical” karangan die jilid pertama. “oh,yeke. Tak perlulah ke sana,petang nanti saya pinjamkan.Saya dah guna buku itu semester lepas.”, “eh,tak apalah,seganla saya”. “ala,lagipun buku itu mahal. Banyak lagi duit awak perlu guna untuk beli buku”. Begitu lah perbualan mereka di tepi tangga ke blok pensyarah yang akhirnya membawa mereka ke ‘stubuck cofe’ berhampiran jalan utama ke Bandar. Itulah kali pertama aqila merasa kereta yang mahal. Kali pertama aqila dan syafiq dapat berborak dengan lebih panjang.
Kampong nelayan….
“apala khabarnya kembar kau kt sana ye laila”, “ala,bulan pertama mesti dia begitu ‘busy’ mak”. “alah,kau manalah tahu,belajar pun sampai tingkatan lima aje”,sinis,pedih ibarat tertusuk duri sembilu.
Laila melangkah dengan bantuan sahabat setia menuju ke bilik di sebelah sermbi dapur. Air matanya bercurah,hatinya begitu tersentuh dengan kata-kata ibunya. Namun jauh di sudut hatinya menyimpan dendam. Mak leha di ‘jemoran’ luar membasuh ikan sepat yang diberi oleh jiran untuk dibuat perkasam.
Enam bulan selepas aqila di university…….
Sepucuk surat dikirim…..
Assalamualaikum mak,laila…
Apa khabar di sana?qila di sini sihat wal afiat. Terima kasih dengan doa mak yang tidak putus-putus untuk qila. Qila berjanji untuk mengikuti pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Sekarang musim sejuk di sini,minggu hadapan ada senior qila berjanji nak bawa qila ke kaki gunung bermain salji. Nanti qila dah habis belajar,dapat kerja qila akan bawa mak dan laila ke sini musim sejuk..
Mak,
Sekian sahaja surat dari qila,lagipun sekarang qila tengah menghadapi peperiksaan awal bagi semester pertama. Mak doakan qila ek mak.
Sekain dari anakmu yang jauh di perantauan..aqila abd rahman….
Selesai sahaja kertas akhir peperiksaan awal semester satu, ‘break sem’ selama sebulan lebih. Ada pelajar Malaysia yang pulang ke Malaysia,ada juga yang berkerja di sana untuk menampung kehidupan semasa cuti sementara duit biasiswa masuk. Aqila bercacang untuk pulang tetapi ekonominya masih belum kukuh padu. Biasala pelajar tahun pertama jarang yang pulang kerana wang sebagai penghalang. Syafiq juga membuat keputusan untuk terus di sana. Boleh lah dia meninjau ‘bisnes’ ayahnya. Syafiq mempelawa aqila untuk membantunya di syarikat. Walaupun ada udang disebalik batu tetapi disebabkan terlampau mempercayai syafiq aqila tidak Nampak semua itu. Syafiq pelajar tahun empat itu memang banyak helah untuk mengikat wanita untuk bersamanya.
Ramai pelajar menasihati aqila agar tidak menunaikan permintaan syafiq itu tapi,tidak diendahkannya. Di saat-saat ini lah syafiq dan aqila mula menjadi teman rapat. Kemana-mana saja mereka berdua sehinggalah aqila terpengaruh dengan janji manis syafiq. Syafiq meminta aqila untuk tinggal di apartmentnya sementera cuti dengan alas an senang untuk berbincang soal kerja dan pergi dan pulang dari kerja. “kalau qila tinggal dengan fiq di apartment itu tak payah la fiq nak ulang alik jemput dan hantar qila pulang,lagipun lagi senag kita nak berbincang soal syarikat”,itula kata-kata manis syafiq. Aqila tanpa memikir panjang terus menerima pelawaan syafiq itu. “lagipun kalau aku tinggal di apartmentnya aku tak perlu keluarkan wang untuk membayar sewa”,pujuk aqila dirinya sendiri yang masih suci..
Semakin hari semakin aqila leka dengan kata-kata dan wang yang syafiq ada. Sekali imbas memang syafiq seorang yang suka mengambil berat,penyayang dan suka membantu orang yang kurang. Kelekaan aqila dengan syafiq itu banyak memeluatkan pelajar Malaysia yang lain sehinggalah suatu malam di apartment syafiq……
Aqila pelajar yang pintar dan kuat berpegang dengan ajaran agama akhirnya terpedaya dengan kemahuan nafsu jahat syafiq. Bersoraklah para syaitan pada malam itu. Tubuh suci ibarat air perigi yang sejuk dan suci diratah begitu senang oleh syafiq. Memang sesuai dengan gelaran sebagai hero Malaysia. Semakin hari semakin aqila leka,lupa hala tuju dan lalai dengan tanggungjawab. Kerelaan aqila seperti itu mengejutkan semua pelajar Malaysia yang satu ‘batch’ dengan dia.
Suasana musim dingin yang mampu membeku diri manusia membatu diatas katil dek kepanjangan wakt u malamnya. Cahaya bulan yang separa mengambang ditatap aqila menerusi tingkap cermin jernih itu. Kalau dulu di kampung dikala bulan mengambang maknya selalu menyuruh agar daun jendela kayu itu ditutup sebelum kembalinyanya suria. Dan di antara mega-mega menjadi raja memerahkan langit dikala itu juga la mereka berdua mengaji al-quran. Aqila termenung sendirian sementara syafiq pula sudah tiga jam keluar untuk membeli hidangan malam mereka. Tiba-tiba ……….
“hai sayang”,lamunan aqila ditampar terus dengan suara kekasih hatinya. Keterlanjuran yang ibarat rutin itu sudah tidak terkira lagi. Entah bila aqila solat,waktu bila dia berdoa kepada ibunya seperti dahulu,menyedihkan lagi aqila sudah pandai meneguk air darah syaitan itu. Kini mabuk menjadi rutinnya setiap malam sebelum dan selepas keluar untuk ke ‘night club’.
Habis cuti musim sejuk…..
Keadaan tidak berubah walaupun aqila kembali ke fakulti untuk belajar. Keputusan peperiksaannya semester lepas agak memberangsangkan. Aqila banyak berubah. Sikapnya tidak seperti dahulu. Dia sudah lupa asal usulnya. Nafsu menjadi raja dalam hidupnya. Kalau dulu aqila sering tampil dengan kurung pinknya kini sudah tiada. Hanya seluar sendat dan baju singkat yang di ‘cover’ dengan jaket menghilangkan sejuk. Kalau dimusim panas pula macam mana???.
Di kampung permai……
Laila masih belum boleh melelapkan mata,setiap hari pipinya dihujani bintik-bintik jernih. Tersinggung dengan kata-kata sinis si emak yang tak habis-habis melemparkan keperlian. Dia punya cita-cita dan keazaman yang tinggi. Teguh jati diri dan tetap pendirian. Rumah usang yang tidak berapa jauh itu selang seli didatangi bunyi ombak malam yang amat indah. Sesekali deruman ombak menampar pantai membuatkan ombak melambung kegirangan. Sesekali laila terdengar bunyi yang luar biasa dari hujung serambi. Di situ bilik si emak. Laila cuba menumpu pendengaran yang sering terganggu dek bunyi ombak bermain. “Ibu,kenapa belum tidur lagi ni?”,Tanya si anak kerisauan. Laila mendekati maknya ibu,menggosok belakang orang tua itu. Urat-urat biru jelas di hujung jarinya. Laila lantas mendapatkan sehelai tuala cina yang digunakan emaknya untuk menekup mulut tatkala batuk..
“Ya ALLAH,darah apa ni mak?”, laila tertanya resah.
“Tak ada apa la”,balas emaknya. “aku rindukan aqila yang rajin belajar”,tak habis-habis lagi perlian emaknya. Laila hanya mampu menundukkan kepala. Dia sedar dia perlu keluar dari kepompong itu walaupun dia kurang berkemampuan fizikal. “ahhhh,aku ada sahabat baik yang boleh membantuku berjalan”,laila memujuk dirinya. Tapi yang menghalangnya sebenar ialah ibunya. Dalam hatinya siapa yang nak menjaga ibunya. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia mengikuti program yang JKM anjurkan itu,khas untuk orang kurang upaya. Keadaan itu berlarutan selama tiga malam. Mak leha batuk berdarah. Akhirnya laila berusaha mendapatkan kereta sewa untuk membawa si ibu yang mengandungkannya selama Sembilan bulan,menyusukannya selama dua tahun,menjaganya selama ini. Dia sedar,dia tidak punyai kelebihan berbanding dengan kembarnya aqila.
Surat untuk aqila………….
Assalamualaikum..apa khabarnya kau ............bersambung

No comments: