Wednesday, April 30, 2008

Pengurusan Bilik Darjah by Khairi hj Alwi

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Secara amnya,bila kita menyebut soal bilik darjah ramai antara kita yang menyempitkan skop bilik darjah hanyalah sesuatu ruang yang berdinding dan beratap,mempunyai meja,papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari buku. Tanggapan ini adalah bukannya tidak benar,tetapi jika ditinjau dalam konteks yang sebenar bilik darjah mempunyai konsep yang sangat luas. Dengan kata kunci tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran,maka bilik darjah boleh didefinisikan ataupun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu.
Bagaimanakah perkembangan yang berlaku terhadap konsep bilik darjah?. Jawapannya ialah, cuba kita kembali menyingkap sejarah silam perkembangan sistem pendidikan Negara,pada zaman dahulu,terdapat lima hingga tujuh orang pelajar berada di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran dari seorang mahaguru dan ini pada dasarnya sudahpun dianggap sebagai bilik darjah kerana di situ berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran begitu juga sebelum kedatangan British,surau atau pondok dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran daripada imam. Situasi ini juga boleh dianggap sebagai bilik darjah. Justeru,tidak kira dimana sekalipun asalkan berlakunya atau berlangsungnya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan ia boleh disifatkan dan dikategorikan sebagai bilik darjah sekalipun ia berlaku di sebuah padang pasir yang luas sebagaimana di negara-negara luar seperti Iraq dan Afghanistan.
Tetapi,pada hari ini konsep bilik darjah biasanya ditafsirkan berdasarkan fungsi pendidikan atau penyusunan fizikal. Secara kasarnya jelas bahawa tempat seperti sebuah ruang bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah pengawasan seorang guru dan dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi,meja,meja guru dan papan hitam yang disusun mengikut piawaian memang dianggap sebagai sebuah bilik darjah tetapi, bagaimana pula dengan sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani,sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji di sebuah makmal sians dan sekumpulan pelajar yang sedang menonton program tv pendidkan di pusat sumber?. Adalah ia boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah ataupun sebaliknya?. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Kebanyakannya melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua,ibu bapa dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain dari bentuk pengajian seperti menetapkan matlamat,memperuntukkan sumber dan mengarah tujuan.
Manakala pengurusan bilik darajah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan menngekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar,menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau juga,pengurusan bilik darjah yang efektif haruslah bersifat proaktif,responsive dan menyokong.
Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk membezakan anatara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri.menurut kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.
JENIS-JENIS BILIK DARJAH
Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjah pada masa kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilik darjah KBSR dan KBSM,bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah terbuka.
Bilik darjah tradisi
Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

Bilik darjah KBSR dan KBSM

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darajah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.
Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran

Ciri-ciri bilik darjah KBSR dan KBSM
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.


Bilik darjah mata pelajaran khas

Dalam KBSM,beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan. Antaranya ialah makmal sains,bilik ekonomi rumah tangga,bilik seni perusahaan,pusat sumber dan sebgainya. Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan yang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalam amali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan peljar menjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini juga dilengkapkan dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen dan alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagi dalam makmal sains dan bilik kemahiran hidup.

Bilik darjah terbuka

Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka
R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu ‘pendekatan pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan pelajaran serta pengelibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran’.
Jelasnya,dalam sistem pendidikan terbuka,pelajat diberi peluang untuk merancang aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum. Guru hanya berperanan sebagai penasihat sebagai pembimbing dan memilih bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan atau individu.
Biasanya,pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang dengan guru.

Ciri-ciri bilik darjah terbuka:
1) Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu
2) Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah.
3) Kaya dengan bahan dan peralatan mengajar.
4) Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajran diintegrasiakn
5) Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati
6) Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akedami dan minat
7) Mempunyai suasana saling mempercayai dan menghormati perbezaan
8) Ujian dan peperiksaan dikurangkan begitu juga dengan pembahgian gred.
9) Perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar denagn pelajar secara terbuka dan jujur.

Dari segi ciri bilik darjah terbuka,kita dapati bahawa guru dalam bilik darjah hanya berperanan sebagai pembimbing,pengurus pembelajaran,kaunselor,pemudah cara atau fasilitator. Ini jelas berbeza dengan bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan kelas. Implikasi daripada ini ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya sendiri. Suasana berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi,ujian dan tekanan dari luar untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.
Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah terbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalah yang dijangkakan timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akan menimbulkan masalah bagi guru yang tidak terlatih.




MASALAH-MASALAH UTAMA DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
Sebagai seorang guru yang mengajar pelajar,semestinya menyimpan matlamat yang tersendiri selain daripada objektif yang tertulis dalam buku rancangan pengajaran. Sebagai contoh,seorang guru yang bersifat pendidik mesti mempunyai azam mendidik pelajar-pelajarnya menjadi manusia yang berguna,boleh memberi sumbangan kepada masyarakat sekeliling,memanfaatkan ilmu yang di sampaikan kepada orang lain. Matlamat-matlamat ini tidak pernah termaktub di dalam buku rancanag pengajaran. Tetapi adakalanya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan salah satu wasilah untuk merealisasikan objektif dan matlamat tersebut tidak berjaya sebagaimana yang diharapkan. Kegagalan ini berpunca dari beberapa masalah yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah-masalah telahpun dikenalpasti sebagai masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan guru. Antara masalah-masalah tersebut ialah:
1 )Masalah komunikasi
Komunikasi ialah merupakan medium untuk seorang guru menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat kepada pelajar-pelajarnya dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran samada secara langsung atau secara tidak langsung. Komunikasi dalam konteks pendidikan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu komunikasi secra lisan atau dikenali juga sebagai komunikasi “verbal” dan yang ke dua ialah komunikasi secara bukan lisan atau “non verbal”. Komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat ataupun idea secara lisan daripada seorang individu iatu guru kepada sekumpulan pendengar atau pelajar. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan sekiranya idea atau maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah difahami.
Manakala komunikasi bukan secara lisan pula ialah penyampaian maklumat melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan,gerak kepala,ungkapan muka dan sebagainya. Misalnya mengangguk kepala boleh diertikan sebagai bersetuju atau menerima,senyuman bererti memberi galakan. Berdasarkan rujukan dan kajian yang telah saya jalankan dapat saya spesifikkan masalah komunikasi ini kepada beberapa sebab iaitu:

a) Masalah bahasa - proses komunikasi menggunakan bahasa sebagai media yang menghubungkan antara dua pihak. Selalunya masalah dalam komunikasi ialah berpunca dari bahasa samada bahasa yang salah atau bahasa yang kurang jelas.Sekiranya menggunakan bahasa yang sama pun boleh mengalami masalah apatah lagi pendenagar dan penutur merupakan dua individu yang menggunakan bahasa yang berbeza. Sebagai contoh seorang guru yang tidak pernah lekang dari menggunakan loghat daerah sedangkan pelajarnya adalah individu yang menggunakan loghat yang berlainan. Apatah lagi bagi guru yang sudah terbiasa menggunakan bahasa campuran melayu inggeris dalam subjek yang tidak berkaitan seperti sejarah dan moral. Hal ini menarik perhatian Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Dato’ Dr Hassan Ahmad di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 22 februari 2008 yang menekankan bahawa loghat daerah punca bahasa melayu lemah. Ironi daripada petikan ini guru mestilah pandai menggunakan bahasa bersesuaian mengikut topik yang diajar.Situasi ini membawa implikasi yang sangat bahaya iaitu meyebabkan pelajar tidak memahami isi pengajaran yang disamapaikan walaupun guru tersebut menganggap penyampaiannya adalah yang terbaik.
b) Ketidak jelasan suara guru - salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah dalam berkomunikasi juga ialah ketidakjelasan suara guru. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa suara seorang guru guru adalah sangat penting kerana ia adalah alat perantara dalam proses komunikasi. Ketidakjelasan suara guru boleh membuatkan proses komunikasi dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan terhalang atau boleh menimbulkan kekeliruan. Tidak kira apa kaedah yang dijalankan oleh seseorang guru tersebut suara guru mesti lantang serta mampu didengari oleh semua pelajar dan guru perlu bijak berintonasi kerana suara guru yang hanya mendatar dari awal pengajaran sampai ke akhir pengajaran akan membuatkan pelajar cepat bosan. Guru juga perlu pandai menggunakan kemudahan yand disediakan oleh pihak pengurusan, sebagai contoh,untuk kelas yang begitu ramai dan dalam ruang yang sangat luas guru mestilah menggunakan pembesar suara.
c) Keegoaan dan autokratik - sikap guru yang ego dan menganggap pelajar perlu menerima sebulat suara apa yang disampaikan dan keautokratikan guru yang tidak memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersuara menyebabkan terjadinya komunikasi sehala yang sekaligus akan menjejaskan keberkesanan dalam proses menyampai dan menerima maklumat. Ini kerana guru hanyalah manusia biasa yang sekali sakala tidak dapat memerdekakan diri dari salah menaympaikan dan silap menganggap.
d) Kegagalan mengawal emosi - emosi atau perasaan boleh mempengaruhi seseorang ketika berkomunikasi. Guru yang dalam keadaan marah ada kalanya menjadi tidak rasional. Tidak sepatutnya sebagai seorang guru tidak mampu mengatasi masalah yang selalu bertapak dalam hidup manusia normal,justeru guru mestilah bijak mengawal emosi agar penyampaian yang dilakukan dibalas dengan penerimaan yang baik oleh pelajar. Pelajar sepatutnya menerima pelajaran dalam kedaan hormat kepada guru bukannya dalam ketakutan dan terpaksa.
e) Gangguan di luar bilik darjah - sekalipun guru mampu mengawal keadaan dalam bilik darjah dari kebisingan dan kebingitan pelajar tetapi bagaimana sekiranya gangguan itu berpunca dari luar seperti berhampiran bilik darjah itu adanya pembinaan bangunan atau aktiviti luar bilik darjah bagi kelas lain?. Kebiasaannya pelajar akan tertarik kepada apa yang berlaku diluar bilik darjah. Hal ini mengimpakkan peyampaian guru terjejas dek ketidaktumpuan pelajar terhadap proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Sebagai guru,kita mestilah bijak menangani masalah sedemikian dengan kreatif samada mengambil inisiatif lain. Sekiranya guru dapat mengatasi masalah ini saya yakin proses pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
1) Masalah disiplin
Di dalam bilik darjah,pelajar-pelajar yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Dengan ini segala aktivit pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik,teratur dan licin. Tetapi salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin. Ini bermakna segala apa yang dijelaskan di atas menjadi sebaliknya.
Secara am,disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Selain itu,disiplin juga boleh disifatkan sebagai pemikiran cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional dan keyakinan diri.
Dalam konteks pendidikan,disiplin seorang pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh sekolah malah,pembentukan disiplin pelajar juga sering diopengaruhi oleh persekitaran dan masyarakat di luar sekolah. Selain itu,disiplin pelajar juga dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ayah dan ibu,guru dan pemimpin masyarakat.
Zaman berubah bererti membawa perubahan kepada pemikiran seseorang terutama pelajar. Kemasukan anasir-anasir laur yang tidak sepatutnya telah banyak menyumbang kepada pertambahan masalah disiplin pelajar. Individu yang sentiasa berhadapan dengan cabaran ini ialah guru yang boleh diibaratkan sebatang lilin.
Untuk menerengkan lagi masalah berkaitan disiplin dalam pengurusan bilik darjah ini saya bawakan satu situasi iaitu Abu,Kim Seng dan Muthu adalah kawan karib di dalam tingkatan 5 cempaka,mereka sering tidak hadir ke sekolah. Apabila mereka disoal oleh guru,mereka hanya menjawab mereka sakit tanpa membawa surat perakuan doktor. Situasi ini adalah satu bentuk masalah disiplin yang kerap dihadapi oleh guru.
2)Kesihatan murid
Kesihatan murid juga merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah. Bertitik tolak dari cogan kata ‘badan sihat otak cergas’ membuktikan bahawa hanya pelajar-pelajar yang sihat sahaja dapat memberiakan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Bagaimana pula dengan keadaan pelajar yang tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup seperti pelajar yang berkerja sambilan di malam hari sehingga lewat malam?.
Sudah pasti pelajar ini tidak dapat memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung,mereka sering berasa gelisah malah terdetik di hati mereka lambatnya guru ini hendak menghentikan pengajaran dan tidak kurang juga ada yang curi-curi tidur sehingga betul-betul terlena. Keadaan seperti ini membawa masalah dan mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sedangkan,dalam prinsip pembelajaran menekankan apsek persediaan pelajar untuk menerima pengajaran dan pengelibatan pelajar yang aktif.
3)Susun atur dan peralatan
Masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur sebuah bilk darjah,guru seringkali berhadapan dengan kematian punca untuk mengatur kedudukan meja dan kerusi pelajar-pelajar malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga. Hal ini mungkin disebabkan dua faktor yang utama iaitu bilangan pelajar yang begitu ramai dalam satu bilik darjah dan yang ke duanya ditambah pula dengan ruang bilik darjah yang begitu terhad. Situasi ini berlaku kepada guru yang mengajar di sekolah harian. Bagi sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan SMKA saya rasa rasa ia bukanlah suatu masalah kerana bilangan pelajar denagn ruangan bilik darjag memanag terpiawai.Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaru tingkah laku pelajar malah ia juga boleh mempengaruhi sikap pelajar dan penyumbangan kepada akademi pelajar.
Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya susun atur yang dibuat sebaik mungkin maka hasilnya adalah positif sekiranya tidak maka hasilnya adalah negatif. Saya yakin sebagai seorang guru sememangnya mahukan sesuatu yang baik,sempurna dan positif dalam setiap perangkaan yang dibuat tetapi adakalanya apa yang dibuat itu terpaksa mengalami kegagalan di sebabkan masalah-masalah yang di dapat dielakkan. Seperti masalah yang saya nyatakan di atas memenag adalah suatu masalah yang pada mata kasarnya tiada penyelesaiannya kerana bilanagn pelajar dan ruang bilik darjah memang tetap dan tidak boleh diubah-ubah.
Ditinjau dari aspek peralatan pula,selalunya bukanlah peralatan yang disediakan itu tidak mencukupi tetapi selalunya peralatan itu tidak boleh berfungsi atau dengan kata lain rosak. Sebagai contoh antara alatan-alatan yang selalu mudah rosak samada rosak atau dirosakkan pelajar ialah pemadam papan hitam,penyapu,peralatan di ruangan belajar seperti almari malahan kadang-kadang papan hitam dan meja serta kerusi pun turut rosak atau dirosakkan. Peralatan-peralatan seperti ini memeang tidak dapat dinafiakan bantuannya dalam proses pengajran dan pembelajaran yang berkesan telah pun disediakan oleh pihak pengurusan tetapi pengedarannya secara berkala seperti papan hitam mungkin dua atau tiga tahun sekali. Di sini jelas menunjukkan masalah yang guru dan bakal guru akan hadapi. Walau bagaimanapun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti melepaskan batuk di tangga.

Cadangan-cadangan dalam penambahbaikkan bilik darjah supaya boleh diurus dengan efisyen

Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri seorang guru,iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas,demokratik pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif,sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran.
Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,interaksi dan pengelibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan matlamat yang ingin dicapai tercapai, seorang guru wajib mengetahui prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini adalah rangkuman daripada sikap guru,iklim bilik darjah dan pengurusan yang mengutamakan pengajaran. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut :
1)Hubungan baik antara guru dan pelajar.
Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bili darjah mempunyai objektif yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka,kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar perlu diwujudkan agar guru dapat menghormati pelajar sebagai individu yang memerlukan pertolongan dan pelajar dapat menghormati guru debagai orang yang akan membantunya.
2)Sikap guru yang optimis.
Guru sebagai pengurus perlu yakin akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut.
3)Bersikap positif kepada semua pelajar.
Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan dan efisyen,untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar yang kerapa membuat masalah,guru mestilah bersikap positif terhadap semua pejalar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari,bukannya diri mereka. Biasanay apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat tentang mereka,mereka akan lebih bersifat terbuka,berkongsi dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif.
4)Mencegah lebih baik dari merawat.
Pepatah inggeris ada menyebut “prevention is better than cure”. Pepatah ini boleh diadaptasikan dalam pengurusan bilik darjah. Bagi seorang guru,mencegah perlakuan negatif pelajar adalah lebih baik dari mengambil tindakan untuk merawat atau mengawalnya. Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah,menghalang pelakuan negatif pelajarnya.
5)Prosedur pengurusan yang tegas.
Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan,guru perlu tegas dalam melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar yang melanggar rutin perlu dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan. Kelonggaran atau kelemahan melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar terhadap guru.
6)Memberi dorongan yang positif.
Pelajar adalah manusia yang jiwanya bergelojak setiap masa,sebagai pengurus guru perlu memberi dorongan kepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang mereka perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian yang sewajarnya kerana pelakuan yang positif itu apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya.
Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan bilik,guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik darjah yang efisyen. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira oleh seorang guru sebagai pengurus. Antara yang utama ialah pengurusan fizikal yang cekap,komunikasi yang berkesan dan pengurusan disiplin yang mantap.
1)Pengurusan fizikal
Salah satu cara untuk memperbaiki suasana pembelajaran yang menggalakan adalah dengan cara menyusun persekitaran fizikalnya. Menurut Savage (1999), susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik darjah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan peranan,berusaha sebaik mungkin untuk penambahbaikkan daya tarikan bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajran iti harus dijalankan.
Menurut MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menmpung aktivit-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas,guru dapat menguruskan kperluan akademik,social dan juga emosi pelajar. Antara fungsi penting susun atur :
1) Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat oleh pelajar.
2) Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan pelajar dan guru di dalam bilik darjah.
3) Mengurangkan segala gangguan supaya pelajar dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
4) Memastikan guru dan pelajar masing-masing merasa selesa.
Dalam pengurusan fizikal saya fokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola kedudukan pelajar dan peralatan yang lengkap.
A) Pola kedudukan pelajar
Berdasrkan susunan fizikal,kedudukan pelajar juga mempunyai pengaruh yang dominan ke atas suasana pembelajaran pelajar. Guru haruslah bijak dalam menyusun kedudukan kerusi dan meja agar semua pelajar merasa selesa semasa pengajaran dijalankan. Ketentuan ruang untuk pergerakan bergantung kepada jumlah pelajar dan berapa luas bilik darjah tersebut.
Sekiranya pelajar duduk dalam kumpulan empat atau enam orang,ini dapat memudahkan lagi perbincanagn dikalangan mereka dan dengan ini juga mereka dapat membantu di antara satu sama lain. Guru lebih mudah juga memberikan kerja berkumpulan atau berpasangan dengan kedudukan pelajar yang demikian. Susunan kedudukan pelajar banyak bergantung kepada keparluan serta kefahaman guru tentang apa yang ingin dicapai di akhir pengajaran. Ada juga antara guru yang tidak mahu peljarnya asyik berbingcang atau berbual dengan rakan-rakan yang lain maka,setiap pelajar akan duduk berasingan ataupun bersendirian seorang pelajar satu meja dan satu kerusi dan semuanya menghadap ke hadapan kelas.
Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan peljarnya yang normal. Sekiranya bilik darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering didapati guru sukar untuk berjalan dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain dan hal ini bukan sahaja menyukarkan guru tetapi juga pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dalam bilik darjah yang sempit. Interaksi antara guru dengan pelajar juga terhambat kerana guru sukar untuk bergerak dan meninjau maslah pelajar.
Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau inisiatif lain lg tetapi masih boleh cuba untuk menyusun denagn sebaiknya. Menurut Wolfgang (1996), semua pelajar digalakkan melihat guru mereka dengan baik dan begitu juga guru. Meja guru haruslah sentiasa berada berdekatan pelajar yang sering memerlukan perhatian yang lebih umapamanya mereka yang berkeperluan khas atau lebih bermasalah dalam pembeljaran. Susunan yang baik dan rasional seperti yang berbadan besar dan tinggi di belakang manakal yang kecil di hadapan perlu juga diambil kira oleh guru.

B) Peralatan yang lengkap
Sumber yang sedia ada serta perkakas peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah juga akan mempengaruhi guru dalam menyusun suasan fizikal bilik darjah tersebut. Memang pihak pengurusan sekolah menyediakan peralatan asas seperti papan hitam,almari,alat-alat membersih teapi yang menjadi masalahnya peralatan yang disediakan itu diagihkan secara berkala seperti setahun atau enam atau setiap pertengahan tahun. Malangnya sebelum tempoh jangkaan tersebut peralatan itu sudah rosak,hilang dan sebagainya.Apabila alatan atau perkakas yang dapat disediakan adalah terhadad dan terbatas,guru mesti menggunakan cara lain untuk memperoleh alatan atau perkakas tersebut seperti mengutip derma atau sumbangan tajaan terutamanya daripada ibu bapa pelajar yang berkemampuan.
Guru juga perlu kreatif memperlibatkan sama pelajar dalam menyelesaikan maslah-masalah seperti ini. Menyuruh mereka cuba membuat dengan tangan mereka kalau pelajar tersebut dari tingkatan yang tinggi seperti tingkatan tiga dan ke atas,menganjurkan gotong royong kelas untuk mengumpul alatan-alatan tersebut,setiap pelajar bawa satu alatan contonhya. Dengan ini,ianya bukan sahaja emnggalakkan pengelibatan pelajar tetapi juga menyemai kemesraan di antara guru dengan pelajar,pelajar dengan pelajarWalaubagaimanapun,segala aktiviti seperti ini mestilah mendapat kebenaran dan kelulusan pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu.
Konklusinya,walaupun dengan peralatan yang agak terbatas,banyak cara atau kaedah yang boleh diambil oleh guru untuk menyediakan suasana yang menyeronokkan yang dapat menjadikan pengurusan bilik darjah yang efisyen dekaligus dapat meningkatkan lagi pengajaran serta pembelajaran di kalangan pelajar. Apabila guru berfikiran kreatif serta inovatif,tentunya pelajar-pelajar akan memeperoleh banyak manfaat dengan belajar dalam bilik darjah yang ceria,selesa dan sihat.
2 )Komunikasi yang berkesan.
Sekiranya kita membuat tinjauan, kita akan dapati bahawa komunikasi merupakan sesuatu yang komplek. Menurut Verdeeber dan Verderber ( 2002), komukasi merupakan proses untuk membina atau mengongsi makna dalam perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan atau syarahan. Proses ini melibatkan peserta,konteks,mesej,wujud atau tidak sebarang gangguan dan maklum balas yang diterima. Dengan ini,komunikasi digambarkan dalam bentuk strategi arahan yang perlu dalam penyampaian ilmu kepada pelajar.
Komunikasi sering kali menjadi masalah utama kepada guru dalam penyampaian ilmu. Pada hakikatnya tidak perlu semua guru untuk menjadi guru bahasa tetapi,biarlah penggunaan bahsa guru itu sesuai dengan keperluan dan kebolehan pelajar bagi setiap mata pelajaran. Guru haruslah menggunakan kefahaman dalam komunikasi samada komunikasi itu dalam bentuk lisan ataupun bukan lisan. Motley (1990), telah menetapkan cirri-ciri yang harus ada dalam komunikasi iaitu :
1) Adanya pertukaran informasi
2) Proses berlaku dalam system komunikasi
3) Penyampai dan penerima terlibat secara aktif.
4) Kualiti dalam komunikasi itu berbeza.

Pengajaran dan pembelajaran banyak melibatkan komunikasi antara guru dan pelajar serta dikalangan pelajar juga. Komunikasi yang berlaku antara guru dengan pelajar banyak dalam bentuk lisan selain dalam tulisan dan bahsa isyarat. Oleh itu,kemahiran berkomunikasi adalah sangat penting bagi seorang guru. Kecekapan berkomunikasi akan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi di bilik darjah ialah :
1) Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi
Kewujudan amalan demokrasi di dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Pelajar tidak berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuaraka pandangan walaupun pandangan itu tidak disenangi samada oleh guru atau pelajar lain.
2) Menggunakan bahasa yang berkesan.
Sebagai seorang guru,bahasa adalah media terpenting dalam menyampaikan ilmu. Dalam proses penyampaian ilmu itu,guru mestilah menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat,jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret-leret akan menyukarkan pemahaman pelajar malah mungkin boleh membawa kepada salah tafsir pelajar.
3) Menyesuaikan dengan situasi.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan individu pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Guru pula perlu bijak menyesuaikan cara berkomunikasi antara setiap pelajar yang berbeza tersebut. Sebagai contoh,jika berkomunikasi denagn pelajar yang lemah kognitifnya maka guru perlulah menggunakan aras komunikasi yang rendah dan begitulah sebaliknya.

3)Menangani disiplin bilik darjah.
Disiplin bilik darjah juga adalah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru terumanya guru yang baru menyandang jawatan. Bagi guru yang baru menyandang jawatan, mereka memang menghadapi kesukaran menjayakan peranan sebagai pembentuk disiplin pelajar. Mereka tidak mempunyai pengalaman sebenar bilik darjah sebelum ini dan pengurusan ini tidak cukup dengan hanya teori-teori yang dipelajari di universiti. Walaubagaimanapun ini bukan suatu penghalang yang sangat dasyat kepada guru baru kerana mereka boleh belajar menimba pengalaman secara berperingkat. Terdapat banyak cara untuk mengurus disiplin agar bilik darjah menjadi aman,sihat,kondusif dan efisyen.
Guru yang efektif akan menguruskan supaya pelajar dapat menggunakan masa dengan lebih produktif. Punca guru tidak dapat menggunakan masa dengan sebaiknya adalah berpunca dari salah laku pelajar. Tidak kira samada salah laku tersebuat adalah ringan atau lebih serius. Sebagai contoh semasa guru sedang mengajar seorang pelajar mengganggu pelajar yang lain maka,di sini guru tersebut perlu mengambil sedikit masa untuk menegur atau membuat dendaan kepada pelajar tersebut. Sebagai guru yang baik merangkap pengurus sesebuah bilik darjah guru mestilah mengaplikasikan pepatah inggeris yang menyatakan ‘prevention is better than cure’. Dari situlah sekiranya guru berjaya mencegah salah laku pelajar tersebut maka masa yang guru ada dapat dugunakan dengan lebih efisyen dan sebaiknya.
Bagi mengelak masalah tingkah laku pelajar di bilik darjah,guru juga perlu menyediakan pelan pengajaran yang baik agar produktiviti pelajar dapat ditingkatkan. Dalam bilik darjah yang diurus dengan baik,pelajar tidak akan merasa bosan dan masa tidak terbuang. Selain itu juga,guru haruslah sentiasa memberi perangsang kepada pelajar dengan menunjukkan sikap dan sifat yang baik agar merangsang mereka untuk tidak melakukan masalah dan mengamalkan sifat dan sikap yang baik sekaligus menghapuskan masalah tingkah laku atau disiplin pelajar dalam bilik darjah. Langkah-langkah di atas adalah cadangan-cadangan untuk penambahbaikkan bilik darjah agar ianya dapat diurus dengan efisyen selari dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan pendidikan yang berkesan kepada rakyat.


Rujukan
1) Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: methods and techniques for elementary and secondry teachers (2nd edition). New York:Longman Inc.
2) Levin,J.& Nolan,J.F. (2004). Principle of classroom management: a professional decision-making model. USA:Allyn&Bacon.

3) Hall,C. (2000). Growing safe schools-it takes a community! University of Akron.
4) Henley,M. (2006). Classroom Menagement: A proactive approach. New Jersey: Pearson Prantice Hall.
5) Savage,T. V. (1999). Teaching Self-Control Through Management and Discipline. Boston:Allyn and Bacon.
6) Verderber, R. F., & Verderber, K. S. (2002). Communicate! (10th ed.). USA: Clark Baxter.

1 comment:

kumichan said...

bagus3...boleh wt rujukan ni..